Saturday 6 February 2010

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.. itulah treat mark utk 2010 dan seterusnya..
Urmm, nak tau semalam Ina ada test KO Equestrian pukul 10pagi, dah la Ina tak baca apa pun sal tu tup-tup kena g test dah la mengejut lak tu.. Begang pun ada tapi yang paling tinggi mengelabah la.. Mana taknye satu apa pun Ina tak sempat nak hafal dan dan la time tu otak ngah kusut "..".. Tapi Alhamdulillah la coz test tu Ina dapat meniru walaupun memang nampak agak bodoh la Ina time tu and also others.. Dan cikgu pun tak marah apatah lagi nak melarang siap bagi kitorang bincang dan rujuk nota yang kat tangan dia lagi. HUHUHU.. Dan petang semalam Ina ada meeting dengan exco dan mt Banking, kitorang bincang sal program dan aktiviti yang akan datang, kira perancangan awal la but not so early la compares with other. Dalam satu jam meeting kitorang bersurai dan hasil daripada perbincangan tersebut Ina diamanahkan untuk handle program "Family Day n Annual Dinner", not bad la untuk tugasan pertama sebagai exco Banking. Ina harap Ina dapat buat yang terbaik la dan seperti biasa Ina mahukan sesuatu yang Ina buat in perfect (eventought not all what I plan will in perfect.
Nak tau sepatutnya Ina ada test Tajwid tau hari nie tapi nasib baik ustaz tak ingat. Alhamdulillah sesangat tau, punyelah semangat Ina menuntut semalam dengan ustaz yang tersandang tetiba dan Ina tak tidur pun semalam just terlelap je.. huhuhu.. Bak kate abang Amer "lebih kurang camtulah"..

Tuesday 2 February 2010

I MiSs SoMeOnE...

Assalamualaikum, salam 1 malaysia..

Pada hari isnin yang lepas Ina tak pergi kelas sebab masalah kesihatan, Ina demam dan sakit urat, sampai jalan pun cam orang cacat, huhuu.. lawak giler lu tengak cara Ina jalan.. harap lect tak marah la. Pada malam isnin yang lepas juga diadakan majlis AJM Banking dan perjumpaan dengan family KKU untuk buat laporan mengenai program Mini Karniawan hari tu, actually Ina tak ingat yang pada malam tu ada AJM.. Maklumlah dah tua katakan.. lepas solat maghrib tiba-tiba fon bunyi, ingatkan siapa la rupa-rupanya Tikah, dia suruh Ina pergi majlis tu dan dalam keadaan terpaksanya Ina pergi dengan keadaan yang lemah dan lonlai la.. Nasib baik Ina tak pengsan lu tak tak tau la.. Untuk perjumpaan dengan family KKU Ina mintak excuse. Ina tak jangka yang Ina tercalon untuk pencalonan exco Banking, patut la Tikah beria-ia suruh Ina pergi... Tapi Ina tak kisah pun lu bukan kita sebagai ahli banking tidak menyumbang kepada clubnya siapa lagi, dan Ina bukan seorang yang suka lepas tangan dan Ina memang tidak suka akan orang bersikap seperti itu. Minta Ina dijauhkan..
Tadi Ina sarapan dengan Fiza kawan satu kos Ina, baik orangnya dan hatinya sangat lembut. Masa sarapan tadi dia ada cerita masalahnya kepada Ina, biasalah masalah peribadi dan perasaan kecewa dengan sikap kekawannya. Walaupun sebelum ini selalu dengar curahan hati dan selalu nasihat dna beri dia semangat tapi jauh dari sudut hati Ina kesian sangat kat Fiza, tapi sekurang-kurangnya semua itu mengajar dia supaya lebih berhati-hati dalam memilih kawan, kerana semua itu Ina dah lalui. Kata orang belajar dari pengalaman. Tapi jangan sesekali balas apa yang orang lain lakukan kepada kita, ambil itu semua sebagai sesuatu yang positf dan kuatkan semangat.
Urmm.. Dah lama Ina tak balik rumah, rindu sangat kat family lebih-lebih lagi atuk dan nenek, mama, ayah, dan abang,(adik bongsu yang debab),along, angah, dan mira. Rindu sangat nak peluk mereka, Ina rindu nak mandikan atuk, potong kuku dan rambut dia, salin pakaian dia, teman dia makan.. Sedih.. Biasanya atuk tak nak dan tak suka lu adik beradik yang lain mandikan dia, dan Inalah yang kena mandikan. Nak tahu lu Ina mandikan atuk, Ina juga perlu mandikan nenek kerana nenek Ina sangat sensitif hatinya (perasaan orang tua, kena memahami) tiap kali Ina nak bersihkan atuk, potong kuku or rambut mesti Ina kena buat juga kepada nenek kira adil la, dan nenek pun tak terasa hati. Rindu sangat nak buat semua tu... Ha.. Mama Ina rindu nak dengar mama berleter dan tolong mama buat kerja, rasanya dah lama telinga Ina tak dengar mama berleter.. huhuhu.. Ayah, agaknya ayah sekarang hensem ke tak ek sekarang, ayah jaga tak ek penampilannya??? Rambut ayah potong ke tak? ayah warnakan tak rambutnya? yelah dengan uban yang putih, Ina tak suka tengok nampak sangat ayah Ina tua.. huuhuu, walau ramai yang cakap ayah Ina muda tapi rambut ia yang buat ia nampak tua, jadi Ina suruh la ayah warnakan rambut ia dengan warna hitam baru hensem dan kemas, tapi biasanya semua itu Ina yang buat, walaupun balik rumah amat jarang sekali walaupun dapat cuti panjang tapi cuti sebenar Ina hanya dua tiga hari je.. dan masa yang terluang itulah Ina manfaatkan dengan sebaiknya, Ina akan buat kerja rutin Ina terhadap atuk,nenek, ayah dan abang debab.. Macam mana la keadaan abang sekarang? nak tahu bila Ina balik je rumah, Ina akan bergurau giler-giler la dengan abang sehinggga la kitorang kena membebel kat mama, mana taknye satu rumah akan riuh dengan suara Ina dan abang. Faham-faham jelah lu kekuatan lelaki dengan kekuatan perempuan walaupun abang budak lagi tapi memang tenaga dia kuat tau, sakit-sakit badan nie bila bergurau ala WWF.. huhuu.. Abang suka gurau nga Ina sebab Ina nie antara kakak yang baik la.. baiklah sangat.. huhuhu.. dia takut nak bergurau dengan kakak-kakak dia yang lain sebab yang semua garang dengan dia.. huhuhu..
Ina rindu sangat-sangat dengan mereka semua.. Ina nak balik tapi hari sabtu Ina ada kelas KO.. jangan tanya kenapa Ina ambik KO...
K la Ina ada keje.. k daa..