Thursday 18 August 2011

Sukar untuk memahami sikap dan perasaan seseorang itu. Kekadang dalam mencuba untuk memahami dan mencari keserasian, hati banyak yang terguris. Dan bila cuba melangkah untuk mencari keseimbangan ada rasa yang tidak senang.

Tanpa disedari keluhan bagaikan hembusan nafas yang kelelahan. Rasa berat dibahu, rasa dingin di sanubari. Persoalam mula bertandang, bertanyakan pelbagai macam perkara dan dari sudut yang kecil suara yang membangkitkan semangat mula kedengaran dan itulah satu-satunya pergantungan yang membuatkan diri teguh sehingga hari ini.

BOHONG! Jika diri ini tidak pernah mengaku kalah dengan semua yang mendatang dan tidak pernah sekali pun cuba untuk lari dari semua yang membebankan jiwa ini. Namun 'Pengalaman Mengajarku Erti kehidupan' (dalam caraku sendiri, setapak demi setapak ku mulai belajar dari satu cerita kepada cerita yang lain, ku mulai fahami dan segala itu membuka mata dan fikiranku akan kekuasaanNya dan KevbesaranNya dan semua laluan itu makin telah menenguhkan hatiku. Kekadang bila bersendirian, fikiran mula melayang-layang mengimbau kembali kenangan yang lalu dan memandang semula kearah keadaan semasa, bibir mula mengukir senyuman dan yang terluah hanya 'Segalanya Menyeronokkan'. Oh ya, dulu ku pernah mendengar seseorang menyatakan 'Masalah Itu Menyeronokkan', dan memang betul katanya itu.

Wednesday 17 August 2011

RuMiT

Inilah yang dikatakan 'Ditelan Mati Emak, Diluah Mati Bapa'...

Bila diam keadaan jadi bertambah teruk dan tidak terkawal, tapi bila bersuara hati pula yang menjadi gundah gulana.


'Lain Padang, Lain Belalangnya. Ya, memang betul tidak semua orang sama dan tidak semua orang berbeza. Tapi hidup ini yang membezakan (tidak menyentuh soal agama) kita semua adalah 'Pemikiran' & 'Attitude' seseorang itu terhadap persekitarannya.

Betul kata orang tua-tua, orang muda memang tinggi egonya, kerana setiap apa tindakan yang diambil didorong oleh hawa nafsu dan menepis pandangan akal. Jangan disalahkan orang muda bila ea melakukan kesalahan, kerana setiap kesalahan itu ada puncanya.

Bak kat Dr. Izzy 'renung-renungkan dan selamat beramal'...

Friday 12 August 2011

^-^

Sebalnya..!
Hanya kesabaran yang ku pohon kepadaNya, kuatkanlah kesabaran ini dan diri ini. Bila dalam keadaan begini kata-kata dan nasihat mama sentiasa kedengaran ditelinga ini, bagaikan satu melodi yang menenangkan dan membuatkan ku semakin kuat dan sedar dari terus bermain dengan semua yang mengganggu benak ini.

Ku ingin menjadi sekuat mama, ku ingin menjadi setabah mama, kku ingin menjadi sesabar mama dan ku ingin menjadi sesetia seperti mama... Namun mampukah ku?? Mama tidak pernah membenci dan mama tidak pernah mengeluh dengan apa yang ditanggungnya walaupun perkara itu sungguh berat untukku pikulnya. Mama tidak pernah melirik kesedihan, walaupun tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan namun dapat ku rasakan mama ingin sekali merasa kebahagian yang diidamkan oleh setiap insan, tapi mungkin kebahagian itu masih belum menjengahnya.

Bila mendengar rungutan ku dan adik-beradik yang lain, mama tetap senyum dan memberi nasihat yang sungguh berhemah, jika melihat ekspresi yang tidak menyenagkan dari ku atau yang lain, mama akan terus menegur. Ayat azimat yang pernah mama luahkan kepadaku dulu masih ku ingat dan sentiasa beralun di cuping telinga ini. Kata mama "Deqna Nak Naik Ke Langit Dan Terjun Ke Bumi Pun Mama Tak Kisah. Tapi Jangan Pernah Sesekali Jatuhkan Maruah Mama & Ayah" (Dengan senyuman mama meluahkannya). Ku Membalas dengan "Hanya Kepercayaan Mama Yang Deqna Nak"(Senyuman mama ku balas) dan selepas itu ku berlalu keluar rumah kerana kekawanku telah menunggu. Kata-kata itu terluah bila ku acap kali meminta kebenaran mama untuk keluar bersama kekawan. Walaupun tidak sedikit pun kefahaman yang ku tunjukkan kepada mama terhadap kata-katanya itu namun disebalik itu kata-kata itu amat menusuk dan ku simpan disudut yang 'Beramaran'...

Ayat itu bagaikan satu azimat buatku, kemana ku melangkah, kemana tujuanku dan bagaimana tingkahku hanya ayat itu yang selau bersama ku. Tetapi dengan caraku ayat itu ku pegang dan janjiku pertahankan.

Pesan mama "Jangan Pernah Benci dan Buat Orang Seperti Orang Buat Kepada Kita" & "Sabar"...

Thursday 11 August 2011

BerFiKiR...

Setiap kesalahan diberi peluang kedua untuk berubah dan memperbetulkan kesalahan yang dilakukan. Namun setiap kesalahan tetap akan diberi peluang kedua, tapi jika dihitung-hitungkan sudah yang keberapa kali peluang kedua itu kita dapat???

Tidak akan pernah mengaku kalah, tetapi berasa putus asa. Tidak pernah mengaku kecewa, tetapi hati merana. Tidak pernah mengaku membenci, tetapi tidak mahu mendengar ataupun melihat. Tidak pernah mengaku sedih, tetapi air mata mengalir. Tidak pernah gembira, tetapi senyuman tetapi terukir. Apa erti semua itu???

Hati sukar ditafsirkan dan naluri terkadang tersalah arah. Diri terasa selamat dalam pelukan hangat kasih, tetapi sedarkan setiap tapak yang semakin menghampiri? Mencari arah kemana tujuannya haluan laluan yang lusuri, persoalan demi persoalan akan tetap bercambah dan jawapan yang tiada berkepastian.

Sunday 7 August 2011

KeLuHan HaTi

Setiap doaku memohon perkara yang sama, berulang-ulang kali...
Tiada tempat untukku mengadu selain kepadaNya. Hanya Dia tempat ku bersandar dan hanya Dia pendengar yang setia, setia saat dan detik, dikala gembira dan tangisku, hanya Dia yang sentiasa ada untukku. Ku bersyukur kerana ku ada Dia, tetapi sesungguhnya ku seorang hamba yang amat daif dan penuh dengan kelemahan, ku bukan seorang hamba yang baik dan jauh sekali untuk mengcap bauan syurgaNya. Cukup jauh diri ini dirasakan untuk mengejar tempat yang menjadi idaman setiap ciptaanNya. Ku amat daif dan angkuh dalam mensyukuri nikmat dan rahmatNya yang diberikan tanpa ada rasa berkira mahukan balasan.

Kerana ku masih lagi bermain dengan permainan dunia ciptaanNya, yang cukup mengasyikkan ini, ku kelalaian dan kekadang tersunggur dengan kelemahan diri sendiri. Bukan semua ini yang diriku mahukan, bukan semua ini yang ku impikan tetapi, kerana ku insan yang amat daif dan penuh dengan dorongan hawa nafsu, keegoan ku memuncak dan tiada kata selain Keampunan dipohon dalam setiap sujudku, dalam setiap hentakkan.
Tidak terucap dengan kata-kata betapa diri ini ingin sekali emlawan smeua itu, bukan tidak mahu melawan tapi diri ini belum cukup kuat untuk melawannya, sungguh keras hatiku, sungguh tinggi ego ini. Walau begitu banyak nasihat yang merempuh cuping telinga ini, namun hati ini tetap begini. walaupun begitu banyak motivasi yang dicari namun tetap begini.

Hanya diri ini yang tahu apa yang ingin dicari, sebelum seru memanggil dan sebelum ajal datang menjemput, banyak yang ingin diri ini rasakan semua taubat itu dicapai dan semua itu tidak akan dimengerti oleh mereka yang begitu Alim dan warak, dan begitu juga yang lain kerana mereka hanya berpegang pada pandangan dan pendapat yang tidak dapat ditentang kerana semua itu bersandarkan kepada ego dan hati...


Sungguh angkuh dan sombong, mengganggap diri sudah besar dan sudah lebih ilmunya walaupun hakikatnya itu smeua hanyalah satu perkara yang boleh dihitung dengan jari jemari yang begitu cantik susunannya...

Friday 5 August 2011

Be Strong...

Bertahan dan masih tetap bertahan, itulah keluhan yang terluah. Bertahan dengan drama ini dan bersabar dengan semua karakter yang ada. Ingin lari jauh dari semua ini, tapi kemana? adakah dengan melarikan diri semua ini akan berakhir? lari dan bermula dengan cerita yang baru, adakah itu lebih menyeronokkan bila sering kali mimpi yang seram datang menyinggah? Semua tindakan menjadi bara yang akan menghalang kaki untuk melangkah. Bagaikan berada dipersimpangan yang hanya kabur halanya.

Kuatkan hati, sembunyikan segala rasa yang tersimpan, walaupun kekadang semua rasa itu tergambar dimata. Hanya doa yang mampu menjadi penawar, pengubat lara. Diri terasa bodoh dan amat tidak berguna, kerana terlalu lurus dan akal bagaikan tidak berfungsi. Bagai robot yang hanya bertindak mengikut apa yang telah disetkan, dan telinga periuk yang menadah air hujan yang jatuh, dan hati bagaikan batu, yang boleh ditendang dan dibaling begitu sahaja, tiada nilai hanya objek.

Hati sering merintih bila sendiri dan mengadapNya. Hanya Dia tempat mengadu kasih dan hanya Dia tempat untuk Bersandar setiap masa dan ketika.

Diri cuba sedaya upaya untuk teruskan dan kesempurnaan ditagih setiap masa, kesilapan dijadikan satu bara yang menari dan mambakar semangat untuk lebih berwaspada dalam langkah. Bagaikan di medan perang yang setiap pijakkan disusuri dengan langkah yang cermat dan berhemah. Kerana belum tentu tanah yang dipijak itu aman...