Friday 5 August 2011

Be Strong...

Bertahan dan masih tetap bertahan, itulah keluhan yang terluah. Bertahan dengan drama ini dan bersabar dengan semua karakter yang ada. Ingin lari jauh dari semua ini, tapi kemana? adakah dengan melarikan diri semua ini akan berakhir? lari dan bermula dengan cerita yang baru, adakah itu lebih menyeronokkan bila sering kali mimpi yang seram datang menyinggah? Semua tindakan menjadi bara yang akan menghalang kaki untuk melangkah. Bagaikan berada dipersimpangan yang hanya kabur halanya.

Kuatkan hati, sembunyikan segala rasa yang tersimpan, walaupun kekadang semua rasa itu tergambar dimata. Hanya doa yang mampu menjadi penawar, pengubat lara. Diri terasa bodoh dan amat tidak berguna, kerana terlalu lurus dan akal bagaikan tidak berfungsi. Bagai robot yang hanya bertindak mengikut apa yang telah disetkan, dan telinga periuk yang menadah air hujan yang jatuh, dan hati bagaikan batu, yang boleh ditendang dan dibaling begitu sahaja, tiada nilai hanya objek.

Hati sering merintih bila sendiri dan mengadapNya. Hanya Dia tempat mengadu kasih dan hanya Dia tempat untuk Bersandar setiap masa dan ketika.

Diri cuba sedaya upaya untuk teruskan dan kesempurnaan ditagih setiap masa, kesilapan dijadikan satu bara yang menari dan mambakar semangat untuk lebih berwaspada dalam langkah. Bagaikan di medan perang yang setiap pijakkan disusuri dengan langkah yang cermat dan berhemah. Kerana belum tentu tanah yang dipijak itu aman...

No comments:

Post a Comment