Saturday 9 April 2011

RinTiHan HaTi

Kenapa semakin hari semakin banyak persoalan yang bercambah dipucuk fikiran ini, segalanya menggambarkan kerisauan dihati ini. Betapa banyak persoalan dan begitu jugalah banyaknya jawapan yang turut serta bercambah sehingga pelbagai pilihan dan semua itu amat menyerabutkan keadaan diri ini. Mengapa sukar untuk diri ini membuat mengawal semua pilihan itu? Mengapa semua ini terasa menyeksakan? Mengapa bebanan ini terasa amat berat untuk aku menanggungnya? Mengapa kekadang diri ini terasa berada dalam kegelapan yang kehilangan cahaya?. Persoalan demi persoalan dan begitu juga sebaliknya, sehingga ku sendiri tidak tahu kemana arah yang akan ku tuju dan apakah arah yang bakal ku rempuh.
Selama ini ku hanya banyak memberi dan hanya sedikit sahaja yang ku terima, tetapi itu sudah cukup bagiku, kerana "setiap senyuman yang terukir diwajah sekelilingku, adalah satu kesenangan dan kebahagian di hati ini". Selama ini banyak yang ku korbankan semata-mata untuk mengukir beribu-ribu senyuman, selama ini ku hanya tahu mengesat air mata orang sekelilingku, menghilangkan duka, menghulurkan tangan dan membimbing dikala kegelapan atau kesesatan, memotivasikan dan menasihati serta membetulkan yang salah serta menukar yang negatif kepada positif. Semua itu ku lakukan dengan ikhlas dan ku bersyukur keran ku dapat melakukan semua itu dan ku bersyukur kerana ku diberi kelebihan itu, tetapi disebalik semua itu sesungguhnya ku dahagakan nasihat, bimbingan, dan bahu tempat ku bersandar. Tetapi untuk ku mendapatkan semua itu sungguh mustahil bagiku, dan ku sedar akan itu. Sesungguh tidak semua yang keluar dari mulut ini mampu untuk ku aplikasikan semua dalam kehidupan seharian ku, kerana ku juga hampa yang lemah, lemah dengan perasaan sendiri, lemah dengan dugaan yang mendatang, lemah dengan kekurangan dan kelebihan ini, dan ku amat lemah untuk menempuhi segala dugaanNya dengan sebaik mungkin. Tetapi ku cuba dan mencuba yang termampu ku, walaupun sukar untuk ku menghadapinya tetapi dengan pelbagai ragam dan keadaan yang ppernah ku selangi membuat ku matang dalam semua itu, tetapi tidak sematang hambaNya lain. Hari-hari yang mendatang dan ku lepasi dengan pelbagai kekangan dan keghairahan dan dalam melepasi masa yang berlalu ada kalanya diri ini dikuasai oleh nafsu dan perasaan yang bagaikan hilang pertimbangan dan akal kku ketepikan, kerana ku hanya manusia yang biasa yang lemah dengan semua itu, dan ku bukan yang sempurna.
Pernah dan selalu diri ini bertanya akan 'Adakah insan yang akan datang sebagai pembimbing, penasihat, menegur ku di kala kelalaian ku, membetulkan dimana salah ku, menyuluh dikala ku kegelapan'. Mungkin ku tidak berpeluang untuk mendapat semua itu, dan ku tetap bersabar untuk itu, dan jujur ku ingin dan amat ingin insan itu muncul segera dan sesungguhnya itu la penawar bagi hati yang lara dan dahaga ini. Bukan memohon balas atau mengungkit, tetapi meluahkan apa yang terpendam sekian lama. Bila hati ini ku terasakan amat kosong dan tidak terarah, kemana hendah ku tuju tidak ku tahu dan dimanakah tempat untuk ku bersandar? Pernahkah mereka terfikir akan itu? Kekadang diri ini terasa penat dengan semua ini, bukan ku tidak sedar akan kelemahan diri ini dan ku amat sedar akan itu, tapi mengapa-mengapa? Bodoh untuk ku mempersoalkannya jika sudah ku tahu mengapa, tetapi ku juga inginkan jawapan dari yang lain, bukan untuk berbangga tetapi menyedarkan diri ini dari sifat riak, dan berbangga dengan apa yang dikurniakan. Walaupun selama ini ku telah abaikan segala rasa hati ini dan ku sanggup relakan hati terluka berulang kali, semata-mata untuk melihat kegembiraan orang sekelilingku, sedikit pun tidakku menyesal dan walaupun ku menyatakan itu semua memberi kesenangan dan ketenangan bagiku tetapi jujur hati ini sering juga memberontak, tetapi ku cuba dan ku tahan semua itu demi itu.....