Wednesday 23 November 2011

Indah itu Sementara

Dalam ketenangan alam saat ini, bertandang satu rasa gambaran yang indah. Rasa rindu akan masa nan lalu, ketika ku masih tinggal di rumah lamaku dulu. Ingat akan kenangan nan lalu, Setiap pagi selepas subuh ku akan membuka tingkap bilikku kerana inginkan merasa dingin empun pagi dan cahaya matahari pagi masuk kebilikku dan menghangatkan pagiku, kerana kebiasaannya ku akan tidur kembali selepas solat subuhku. Indah sekali bila bangun pagiku dikejutkan oleh bunyi-bunyian sang burung dan si tupai yang sibuk mencari makan dan ada yang bermain sesama mereka, tenang rasa di hati apabila telinga ku disantapkan dengan bunyi desiran air sungai dibelakang rumahku yang bertentang dengan tingkap kamarku yang menghempas batu dan melalui selekohnya, terasa segar bila mata yang ku buka menatap segala kehijauan pokok-pokok, si tupai, burung-burung dan dari tingkap kamarku juga ku dapat melihat air sungai yang mengalir lembut. Akan ku tarik nafas panjang-panjang menhirup udara segar pagi dan pastinya senyuman akan ku ukirkan, dalam hati hanya lafaz syukur akan nikmat ini.

Namun semua itu dulu, kerana semua itu bagaikan semakin hilang. Kerana kini bangun pagiku akan dikejutkan dengan deruman enjin kenderaan yang kuat dan ku rasakan si tupai dan sang burung bagaiakan merajuk dengan keadaan ini, hanya terkilan dalam hati. Hanya ku mohon jangan semua itu terus hilang dan pupus di hatiku.

Kerana keadaan tidak mungkin akan sentiasanya sama. Indah kini tapi tidak mungkin akan datang eanya akan tetap indah. Dulu ku boleh menghitung berapa ekor tupai yang bermain didahan tapi kini untuk melihat seekor pun susah. Dulu sang burung selalu singgah di tingkap bilikku namun sekarang tidak lagi, hanya dapat ku lihat ea terbang dilangit.

Keadaan itu, membuatkan ku berfikir akan diriku dan sekelilingku...

Friday 16 September 2011

BeTuL kE?

Setiap orang mempunyai ego masing-masing, tinggi atau rendah ego itu bergantung kepada individu tersebut dan bagaimana ea mengendalikannya. Sebenarnya ramai individu yang kalah dengan egonya sendiri, kerana apa? itulah persoalannya dan yang akan semestinya mendapat pelbagai jawapan yang berbeza mahupun sama bergantung kepada pendapat mereka. 'Ego' keras bunyinya dan juga keras maknanya dan akan menjadi makin kuat jika bergabung dengan 'Nafsu' yang biasanya akan menjadi kawan setianya. Sukar untuk menundukkan ego seseorang apatah lagi ego diri sendiri yang tanpa disedari menguasai pemikiran dan hati kita.

Dikatakan, Nafsu yang kuat namun ea akan lemah tanpa Ego kerana terkawal dengan Akal dan akan sentiasa tunduk dengan Iman.

Sedap didengarkan? Tapi sukar untuk itu berlaku, 'kerana kita manusia insan yang lemah' cukup sinonim dengan ayat yang begitukan?

Tanpa disedari ramai yang Menan dalam mengejar nikmat dunia dan begitu juga ramai yang Kalah dalam mengejar keredhaannya. Kenapa begitu ye? Bagus persoalan itu. Jawapan untuk persoalan itu amat mudah 'EGO - AKAL + NAFSU - IMAN = ?'.

Thursday 18 August 2011

Sukar untuk memahami sikap dan perasaan seseorang itu. Kekadang dalam mencuba untuk memahami dan mencari keserasian, hati banyak yang terguris. Dan bila cuba melangkah untuk mencari keseimbangan ada rasa yang tidak senang.

Tanpa disedari keluhan bagaikan hembusan nafas yang kelelahan. Rasa berat dibahu, rasa dingin di sanubari. Persoalam mula bertandang, bertanyakan pelbagai macam perkara dan dari sudut yang kecil suara yang membangkitkan semangat mula kedengaran dan itulah satu-satunya pergantungan yang membuatkan diri teguh sehingga hari ini.

BOHONG! Jika diri ini tidak pernah mengaku kalah dengan semua yang mendatang dan tidak pernah sekali pun cuba untuk lari dari semua yang membebankan jiwa ini. Namun 'Pengalaman Mengajarku Erti kehidupan' (dalam caraku sendiri, setapak demi setapak ku mulai belajar dari satu cerita kepada cerita yang lain, ku mulai fahami dan segala itu membuka mata dan fikiranku akan kekuasaanNya dan KevbesaranNya dan semua laluan itu makin telah menenguhkan hatiku. Kekadang bila bersendirian, fikiran mula melayang-layang mengimbau kembali kenangan yang lalu dan memandang semula kearah keadaan semasa, bibir mula mengukir senyuman dan yang terluah hanya 'Segalanya Menyeronokkan'. Oh ya, dulu ku pernah mendengar seseorang menyatakan 'Masalah Itu Menyeronokkan', dan memang betul katanya itu.

Wednesday 17 August 2011

RuMiT

Inilah yang dikatakan 'Ditelan Mati Emak, Diluah Mati Bapa'...

Bila diam keadaan jadi bertambah teruk dan tidak terkawal, tapi bila bersuara hati pula yang menjadi gundah gulana.


'Lain Padang, Lain Belalangnya. Ya, memang betul tidak semua orang sama dan tidak semua orang berbeza. Tapi hidup ini yang membezakan (tidak menyentuh soal agama) kita semua adalah 'Pemikiran' & 'Attitude' seseorang itu terhadap persekitarannya.

Betul kata orang tua-tua, orang muda memang tinggi egonya, kerana setiap apa tindakan yang diambil didorong oleh hawa nafsu dan menepis pandangan akal. Jangan disalahkan orang muda bila ea melakukan kesalahan, kerana setiap kesalahan itu ada puncanya.

Bak kat Dr. Izzy 'renung-renungkan dan selamat beramal'...

Friday 12 August 2011

^-^

Sebalnya..!
Hanya kesabaran yang ku pohon kepadaNya, kuatkanlah kesabaran ini dan diri ini. Bila dalam keadaan begini kata-kata dan nasihat mama sentiasa kedengaran ditelinga ini, bagaikan satu melodi yang menenangkan dan membuatkan ku semakin kuat dan sedar dari terus bermain dengan semua yang mengganggu benak ini.

Ku ingin menjadi sekuat mama, ku ingin menjadi setabah mama, kku ingin menjadi sesabar mama dan ku ingin menjadi sesetia seperti mama... Namun mampukah ku?? Mama tidak pernah membenci dan mama tidak pernah mengeluh dengan apa yang ditanggungnya walaupun perkara itu sungguh berat untukku pikulnya. Mama tidak pernah melirik kesedihan, walaupun tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan namun dapat ku rasakan mama ingin sekali merasa kebahagian yang diidamkan oleh setiap insan, tapi mungkin kebahagian itu masih belum menjengahnya.

Bila mendengar rungutan ku dan adik-beradik yang lain, mama tetap senyum dan memberi nasihat yang sungguh berhemah, jika melihat ekspresi yang tidak menyenagkan dari ku atau yang lain, mama akan terus menegur. Ayat azimat yang pernah mama luahkan kepadaku dulu masih ku ingat dan sentiasa beralun di cuping telinga ini. Kata mama "Deqna Nak Naik Ke Langit Dan Terjun Ke Bumi Pun Mama Tak Kisah. Tapi Jangan Pernah Sesekali Jatuhkan Maruah Mama & Ayah" (Dengan senyuman mama meluahkannya). Ku Membalas dengan "Hanya Kepercayaan Mama Yang Deqna Nak"(Senyuman mama ku balas) dan selepas itu ku berlalu keluar rumah kerana kekawanku telah menunggu. Kata-kata itu terluah bila ku acap kali meminta kebenaran mama untuk keluar bersama kekawan. Walaupun tidak sedikit pun kefahaman yang ku tunjukkan kepada mama terhadap kata-katanya itu namun disebalik itu kata-kata itu amat menusuk dan ku simpan disudut yang 'Beramaran'...

Ayat itu bagaikan satu azimat buatku, kemana ku melangkah, kemana tujuanku dan bagaimana tingkahku hanya ayat itu yang selau bersama ku. Tetapi dengan caraku ayat itu ku pegang dan janjiku pertahankan.

Pesan mama "Jangan Pernah Benci dan Buat Orang Seperti Orang Buat Kepada Kita" & "Sabar"...

Thursday 11 August 2011

BerFiKiR...

Setiap kesalahan diberi peluang kedua untuk berubah dan memperbetulkan kesalahan yang dilakukan. Namun setiap kesalahan tetap akan diberi peluang kedua, tapi jika dihitung-hitungkan sudah yang keberapa kali peluang kedua itu kita dapat???

Tidak akan pernah mengaku kalah, tetapi berasa putus asa. Tidak pernah mengaku kecewa, tetapi hati merana. Tidak pernah mengaku membenci, tetapi tidak mahu mendengar ataupun melihat. Tidak pernah mengaku sedih, tetapi air mata mengalir. Tidak pernah gembira, tetapi senyuman tetapi terukir. Apa erti semua itu???

Hati sukar ditafsirkan dan naluri terkadang tersalah arah. Diri terasa selamat dalam pelukan hangat kasih, tetapi sedarkan setiap tapak yang semakin menghampiri? Mencari arah kemana tujuannya haluan laluan yang lusuri, persoalan demi persoalan akan tetap bercambah dan jawapan yang tiada berkepastian.

Sunday 7 August 2011

KeLuHan HaTi

Setiap doaku memohon perkara yang sama, berulang-ulang kali...
Tiada tempat untukku mengadu selain kepadaNya. Hanya Dia tempat ku bersandar dan hanya Dia pendengar yang setia, setia saat dan detik, dikala gembira dan tangisku, hanya Dia yang sentiasa ada untukku. Ku bersyukur kerana ku ada Dia, tetapi sesungguhnya ku seorang hamba yang amat daif dan penuh dengan kelemahan, ku bukan seorang hamba yang baik dan jauh sekali untuk mengcap bauan syurgaNya. Cukup jauh diri ini dirasakan untuk mengejar tempat yang menjadi idaman setiap ciptaanNya. Ku amat daif dan angkuh dalam mensyukuri nikmat dan rahmatNya yang diberikan tanpa ada rasa berkira mahukan balasan.

Kerana ku masih lagi bermain dengan permainan dunia ciptaanNya, yang cukup mengasyikkan ini, ku kelalaian dan kekadang tersunggur dengan kelemahan diri sendiri. Bukan semua ini yang diriku mahukan, bukan semua ini yang ku impikan tetapi, kerana ku insan yang amat daif dan penuh dengan dorongan hawa nafsu, keegoan ku memuncak dan tiada kata selain Keampunan dipohon dalam setiap sujudku, dalam setiap hentakkan.
Tidak terucap dengan kata-kata betapa diri ini ingin sekali emlawan smeua itu, bukan tidak mahu melawan tapi diri ini belum cukup kuat untuk melawannya, sungguh keras hatiku, sungguh tinggi ego ini. Walau begitu banyak nasihat yang merempuh cuping telinga ini, namun hati ini tetap begini. walaupun begitu banyak motivasi yang dicari namun tetap begini.

Hanya diri ini yang tahu apa yang ingin dicari, sebelum seru memanggil dan sebelum ajal datang menjemput, banyak yang ingin diri ini rasakan semua taubat itu dicapai dan semua itu tidak akan dimengerti oleh mereka yang begitu Alim dan warak, dan begitu juga yang lain kerana mereka hanya berpegang pada pandangan dan pendapat yang tidak dapat ditentang kerana semua itu bersandarkan kepada ego dan hati...


Sungguh angkuh dan sombong, mengganggap diri sudah besar dan sudah lebih ilmunya walaupun hakikatnya itu smeua hanyalah satu perkara yang boleh dihitung dengan jari jemari yang begitu cantik susunannya...

Friday 5 August 2011

Be Strong...

Bertahan dan masih tetap bertahan, itulah keluhan yang terluah. Bertahan dengan drama ini dan bersabar dengan semua karakter yang ada. Ingin lari jauh dari semua ini, tapi kemana? adakah dengan melarikan diri semua ini akan berakhir? lari dan bermula dengan cerita yang baru, adakah itu lebih menyeronokkan bila sering kali mimpi yang seram datang menyinggah? Semua tindakan menjadi bara yang akan menghalang kaki untuk melangkah. Bagaikan berada dipersimpangan yang hanya kabur halanya.

Kuatkan hati, sembunyikan segala rasa yang tersimpan, walaupun kekadang semua rasa itu tergambar dimata. Hanya doa yang mampu menjadi penawar, pengubat lara. Diri terasa bodoh dan amat tidak berguna, kerana terlalu lurus dan akal bagaikan tidak berfungsi. Bagai robot yang hanya bertindak mengikut apa yang telah disetkan, dan telinga periuk yang menadah air hujan yang jatuh, dan hati bagaikan batu, yang boleh ditendang dan dibaling begitu sahaja, tiada nilai hanya objek.

Hati sering merintih bila sendiri dan mengadapNya. Hanya Dia tempat mengadu kasih dan hanya Dia tempat untuk Bersandar setiap masa dan ketika.

Diri cuba sedaya upaya untuk teruskan dan kesempurnaan ditagih setiap masa, kesilapan dijadikan satu bara yang menari dan mambakar semangat untuk lebih berwaspada dalam langkah. Bagaikan di medan perang yang setiap pijakkan disusuri dengan langkah yang cermat dan berhemah. Kerana belum tentu tanah yang dipijak itu aman...

Wednesday 18 May 2011

Bila diri menempuhi satu kepayahan demi kepayahan yang menguji kesabaran, semangat, keimanan & kekadang diri terasa amat lemah untuk berdiri malah berhadapan dengan segala yang bakal mendatang, entah dan tidak pasti bagaimana dan gayanya yang akan bertandang memberi atau meminta... Persoalan demi persoalan makin bercambah di benak yang semakin lama semakin dirasakan kekusutannya. Bila makin difikirkan semakin banyak yang tidak kena dan hanya menambahkan kekusutan yang sedia ada. Bukan itu yang dipinta! Bukan itu yang diidamkan! Diri ini bukan sekuat yang dijangka! Hati bagaikan kehilangan suara untuk menjerit meminta simpati, menangih kasih, dan terasa amat penat untuk tetap mengeluh dengan semua itu. Tapi dimana halanya? dimana tempatnya? untuk mengadu, berkongsi, malah untuk bersandar... Adakah semua itu hanya akan ada bila mata tertutup dan mimpi datang menjengah dengan penuh keindahan permainan imaginasi? Betapa tercungap dan semputnya nafas dirasakan bila tersedar yang itu semua hanyalah mimpi yang tidak akan pernah menjadi kenyataan dan 'mimpi tetap mimpi'...
Ramai sekeliling beranggap diri ini sekuat benteng penahan ombak, setenguh tugu lambang negara, sehebat petir yang menyambar... Tapi semua itu Bohong, mereka hanya menilai dari mata yang tidak pernah untuk menyingkap disebalik kerdipan mata ini walaupun sekali... Hampa... Hanya keluhan itu yang sentiasa terluah sama ada dalam sedar atau sendirinya. mengapa amat sukar untuk diri ini mencari tempat untuk merebah diri ini tanpa sebarang halangan dan bersandar pada yang setia, mungkin itu semua khayalan yang tidak pernah terhenti bagi diri yang amat dahaga akan itu semua...

Saturday 9 April 2011

RinTiHan HaTi

Kenapa semakin hari semakin banyak persoalan yang bercambah dipucuk fikiran ini, segalanya menggambarkan kerisauan dihati ini. Betapa banyak persoalan dan begitu jugalah banyaknya jawapan yang turut serta bercambah sehingga pelbagai pilihan dan semua itu amat menyerabutkan keadaan diri ini. Mengapa sukar untuk diri ini membuat mengawal semua pilihan itu? Mengapa semua ini terasa menyeksakan? Mengapa bebanan ini terasa amat berat untuk aku menanggungnya? Mengapa kekadang diri ini terasa berada dalam kegelapan yang kehilangan cahaya?. Persoalan demi persoalan dan begitu juga sebaliknya, sehingga ku sendiri tidak tahu kemana arah yang akan ku tuju dan apakah arah yang bakal ku rempuh.
Selama ini ku hanya banyak memberi dan hanya sedikit sahaja yang ku terima, tetapi itu sudah cukup bagiku, kerana "setiap senyuman yang terukir diwajah sekelilingku, adalah satu kesenangan dan kebahagian di hati ini". Selama ini banyak yang ku korbankan semata-mata untuk mengukir beribu-ribu senyuman, selama ini ku hanya tahu mengesat air mata orang sekelilingku, menghilangkan duka, menghulurkan tangan dan membimbing dikala kegelapan atau kesesatan, memotivasikan dan menasihati serta membetulkan yang salah serta menukar yang negatif kepada positif. Semua itu ku lakukan dengan ikhlas dan ku bersyukur keran ku dapat melakukan semua itu dan ku bersyukur kerana ku diberi kelebihan itu, tetapi disebalik semua itu sesungguhnya ku dahagakan nasihat, bimbingan, dan bahu tempat ku bersandar. Tetapi untuk ku mendapatkan semua itu sungguh mustahil bagiku, dan ku sedar akan itu. Sesungguh tidak semua yang keluar dari mulut ini mampu untuk ku aplikasikan semua dalam kehidupan seharian ku, kerana ku juga hampa yang lemah, lemah dengan perasaan sendiri, lemah dengan dugaan yang mendatang, lemah dengan kekurangan dan kelebihan ini, dan ku amat lemah untuk menempuhi segala dugaanNya dengan sebaik mungkin. Tetapi ku cuba dan mencuba yang termampu ku, walaupun sukar untuk ku menghadapinya tetapi dengan pelbagai ragam dan keadaan yang ppernah ku selangi membuat ku matang dalam semua itu, tetapi tidak sematang hambaNya lain. Hari-hari yang mendatang dan ku lepasi dengan pelbagai kekangan dan keghairahan dan dalam melepasi masa yang berlalu ada kalanya diri ini dikuasai oleh nafsu dan perasaan yang bagaikan hilang pertimbangan dan akal kku ketepikan, kerana ku hanya manusia yang biasa yang lemah dengan semua itu, dan ku bukan yang sempurna.
Pernah dan selalu diri ini bertanya akan 'Adakah insan yang akan datang sebagai pembimbing, penasihat, menegur ku di kala kelalaian ku, membetulkan dimana salah ku, menyuluh dikala ku kegelapan'. Mungkin ku tidak berpeluang untuk mendapat semua itu, dan ku tetap bersabar untuk itu, dan jujur ku ingin dan amat ingin insan itu muncul segera dan sesungguhnya itu la penawar bagi hati yang lara dan dahaga ini. Bukan memohon balas atau mengungkit, tetapi meluahkan apa yang terpendam sekian lama. Bila hati ini ku terasakan amat kosong dan tidak terarah, kemana hendah ku tuju tidak ku tahu dan dimanakah tempat untuk ku bersandar? Pernahkah mereka terfikir akan itu? Kekadang diri ini terasa penat dengan semua ini, bukan ku tidak sedar akan kelemahan diri ini dan ku amat sedar akan itu, tapi mengapa-mengapa? Bodoh untuk ku mempersoalkannya jika sudah ku tahu mengapa, tetapi ku juga inginkan jawapan dari yang lain, bukan untuk berbangga tetapi menyedarkan diri ini dari sifat riak, dan berbangga dengan apa yang dikurniakan. Walaupun selama ini ku telah abaikan segala rasa hati ini dan ku sanggup relakan hati terluka berulang kali, semata-mata untuk melihat kegembiraan orang sekelilingku, sedikit pun tidakku menyesal dan walaupun ku menyatakan itu semua memberi kesenangan dan ketenangan bagiku tetapi jujur hati ini sering juga memberontak, tetapi ku cuba dan ku tahan semua itu demi itu.....

Thursday 3 February 2011

2 Februari 2011, jam menunjukkan pukul 9.40pm. arghh... Boringnya, duduk bersendirian kat lam bilik n rumah nie (tu la siapa suh mai awal kan dah merungut). Tak kisah la nak cakap apa pun but i'm still want say it... Tapi ku rasa much better be here than at home with nothing work and just waste my time just like that with nothings (just rutin harian tido, makan, tengok tv n repeat its all day). Buku pun aku tak sentuh buat berat je aku buat balik, ingatkan nak la study kat umah tapi sia-sia je (takde motivasi langsung kan?). Tapi sekurang-kurangnya aku dapat motivasikan diri ini yang masih belum sedar-sedar lagi asyik bermimpi je, nasib baik la wireless dapat tau, dapat la aku search internet untuk cari maklumat dan bahan untuk assigment yang bukan main banyak lagi. Pastu minggu depan kena berdepan dengan pop kuiz, kuiz, test & ragam manusia sekeliling, arghh... Just through the flow...
Bila aku akan jumpa dengan seseorang yang mampu untuk memotivasikan aku dan mengejutkan dari terus bermimpi. Tapi apa gunanya jika asyik mengharapkan sesuatu yang datang kepada aku dan bukan aku yang mencarinya, satu pengharapan yang agak bodoh bagi yang cerdik pandai. Entah makin lama aku dengan semua ini aku rasakan aku makin lalai dan mula mengabaikan segala apa yang dapat menjadikan aku seorang yang dibanggakan seperti dulu, masa berubah dan begitu juga aku ciptaanNya, kerana itu semua adalah lumrah manusia & perubahan itu bergantung kepada apa yang ea rasakan baik baginya dan kekadang aku pun tersalah membuat perhitungan dan langkah yang ku ambil kekadang membawa ku ke lembah yang berlumpur. Begitulah hidup dan setiap apa keputusan yang diambil pastikan kita sudah bersedia untuk merempuh kekangannya, kerana disitu Allah menguji hambaNya (wah macam pakar motivasi la plak).

Wednesday 2 February 2011

Amatlama rasanya diri ini mendiamkan diri, tanpa kata tanpa perkhabaran. Bukan niat diri ini menyepi seribu bahasa, tetapi disebabkan kekangan yang menghalang banyak yang terpaksa disembunyikan dan hanya hati ini yang menanggung rawannya. Amat pantas ku rasakan masa berlalu, sehingga segalanya yang terjadi semua pantas berlalu dan hanya sisipan rasa sahaja yang dapat dirasakan dan segala itu yang mengajar ku matang dalam menghadapi masa yang mendatang. Sungguh indah kenangan itu semua dan segala rasa gembira, suka, duka, dan pelbagai rasa yang dapat ku rasakan ketika menghadapi semua kenangan yang setiap satunya memberikan satu seribu rasa dan pengalaman itu semua ku akan ingat dan menjadikan eanya satu memori yang indah dan sempadan buat langkah yang bakal ku ambil.
Alhamdulillah, dengan umur ku sekarang banyak yang telah ku pelajari mengenai erti kehidupan ciptaanNya. Oh ye,sekarang ku sedang mencari dan cuba untuk membuka ruang hatiku untuk menerima cinta dan memberinya. Selama ini ku menutu rapat pintu hati ini dan sehingga terbina benteng yang amat kukuh untuk menangkis segala godaan itu semua.
Ku berdoa dan berharap dengan diketemukan dengan dia adalah satu titik terakhir bagiku untuk mencari sebuah cinta yang abadi dan sepohon pokok yang mampu melindungi ku dari panas teriknya mentari. Terima kasih Tuhan...