Wednesday 23 November 2011

Indah itu Sementara

Dalam ketenangan alam saat ini, bertandang satu rasa gambaran yang indah. Rasa rindu akan masa nan lalu, ketika ku masih tinggal di rumah lamaku dulu. Ingat akan kenangan nan lalu, Setiap pagi selepas subuh ku akan membuka tingkap bilikku kerana inginkan merasa dingin empun pagi dan cahaya matahari pagi masuk kebilikku dan menghangatkan pagiku, kerana kebiasaannya ku akan tidur kembali selepas solat subuhku. Indah sekali bila bangun pagiku dikejutkan oleh bunyi-bunyian sang burung dan si tupai yang sibuk mencari makan dan ada yang bermain sesama mereka, tenang rasa di hati apabila telinga ku disantapkan dengan bunyi desiran air sungai dibelakang rumahku yang bertentang dengan tingkap kamarku yang menghempas batu dan melalui selekohnya, terasa segar bila mata yang ku buka menatap segala kehijauan pokok-pokok, si tupai, burung-burung dan dari tingkap kamarku juga ku dapat melihat air sungai yang mengalir lembut. Akan ku tarik nafas panjang-panjang menhirup udara segar pagi dan pastinya senyuman akan ku ukirkan, dalam hati hanya lafaz syukur akan nikmat ini.

Namun semua itu dulu, kerana semua itu bagaikan semakin hilang. Kerana kini bangun pagiku akan dikejutkan dengan deruman enjin kenderaan yang kuat dan ku rasakan si tupai dan sang burung bagaiakan merajuk dengan keadaan ini, hanya terkilan dalam hati. Hanya ku mohon jangan semua itu terus hilang dan pupus di hatiku.

Kerana keadaan tidak mungkin akan sentiasanya sama. Indah kini tapi tidak mungkin akan datang eanya akan tetap indah. Dulu ku boleh menghitung berapa ekor tupai yang bermain didahan tapi kini untuk melihat seekor pun susah. Dulu sang burung selalu singgah di tingkap bilikku namun sekarang tidak lagi, hanya dapat ku lihat ea terbang dilangit.

Keadaan itu, membuatkan ku berfikir akan diriku dan sekelilingku...

No comments:

Post a Comment