Monday 31 August 2009

MeRunGuT...

Assalamulaikum... jawab jangan x jNumbered Listawab..


fuhh.. bengangnye hari nie.. dah la dapat ckit test financial... tapi xlah sangat mengecewakan.. besa2 jee... kira ok laa..


ummm... dah laa bulan pose nie banyak test n ad mid-term lagi... bapak pecah kepala.. pecah ke?? hehehe.. kenalah manage time dengan sebaiknye.. tapi yang bengang lagi bila lepas raya nati ada test lagi, dah la time 2 ngah mood raye tau... gerammm...

Ina sabar ina... alahai lu ina marah2 pun bukannye dapat anugerah ke pe ke.. just membazir mse je kan.. tau xpe..

Sepanjang perjalanan hidup ini, kita tidak akan berhenti dari merungut dan terus merungut eventhough me... Tapi lam asyik kita merungut itu ada yang kita terlepas dari akal kita. Semasa kita sedang asyik merungut ada kita tanye kepada diri kita "kenapa kita alwayz merungut?" "Pe faedahnye kita merungut?" "pe yang menyebabkan kita merungut?" "salah siapa kita rungutkan?".. n lln..

lot of things came light in my head... dushhhh..

Don't take much space... i cut my talk..

tidak ke kita cuba fikirkan cara yang terbaik untuk mengelakkan dari terus merungut dan merungut... Dan cuba perbaiki pe yang mengyebabkan kita merungut...

just thinks 4 our goodness...

Sunday 30 August 2009

DALAM HIDUP YANG PENUH DENGAN LIKU DAN ONAK DURINYA, YANG SENTIASA MENCABAR KEIMANAN DAN KESABARAN YANG MENETAP DIHATI INI.. KU CUBA UNTUK BERTAHAN DEMI SATU PERJUANGAN DENGAN SATU MATLAMAT DAN KEAZAMAN YANG BERBEKAL DIHATI INI.. SELAGI BELUM TERCAPAI APA YANG TERSIRAT DIHATI INI TIDAK AKAN KU MENYERAH KALAH.. KU RELA BERTARUNG UNTUK SEUMUR HIDUPKU.. SEHINGGA SISA-SISA YANG TERAKHIR NYAWA INI.. KERANA INILAH PENGORBANAN YANG KU MAMPU LAKUKAN DEMI MEMPERTAHAN MARUAH ANAK BANGSA KU..
KERANA DENGAN PENGORABANAN INILAH YANG DAPAT MENJAMIN MARUAH DAN KEMERDEKAAN ANAK BANGSA KU YANG BAKAL LAHIR DAN MEMBENTUK SATU BANGSA YANG BEBASA MEMERINTAH TANAH TUMPAH DARAH MEREKA SENDIRI DAN BUKAN LAGI TERBELIT BAGAIKAN LEMBU YANG TERTAMBAT DIPADANG...

Ummm.. Itu hanyalah satu gambaran yang membawa kita mengenang kembali pengorbanan para pejuang2 tanah air yang sanggup mengorbankan nyawa sendiri demi membebaskan tanah air kita ini dari jajahan para anasir2 yang menceroboh hak kita sebagai orang melayu dan juga sebagai pemilik tanah ini yang sekarang namanya tidak asing lagi dimata dunia iaitu 'MALAYSIA'.. inilah kemerdekaan yang kecapi sekarang hasil usaha para pahlawan2 yang namanya masih tetap tersemai di hati ini...
fuh semangatnye ina... ummm.. hehehe..
ina nak ucap SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-52... PEACE NO WAR..

Thursday 27 August 2009

kEjAr @ BiArkaN!!!

Assalamualaikum... Salam hormat dan salam sayang ina ucapkan... hehehe..(tiba2 skima plak)
Pejam celik pejam celik tup2 dah masuk seminggu kita menunaikan ibadat berpuasa, cepatkan masa yang berlalu. Hai masa2... Amat sukat untuk mengejarnya, masa yang diibaratkan air yang mengalir mgikut arusnya, tiada trafit light merah ke, kuning ke, hijau ke, ia hanya akan terus bergerak,dan terus bergerak sehingga satu limpangan, begitulah juga masa yang akan terus menerus bergerak dan berlalu sama ada kita sedar atau tidak dan ia hanya akan berhenti apabila tibanya iaitu 'kiamat'..
Takutkan...
Tidak tergambar rasenya ina untuk menghadapi saat tersebut... Masa, masa, dan masa... Amat subjektifkan.. Tetapi MASA amat besar pengertianya jika kita tahu menilainya. Begitu banyak masa yang telah ina persiakan dalam menjalani hidup ini.. Aat menyedihkan kan... ummmmm
Masa yang berlaku tidak akan datang kembali umpama pepatah 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa'.. Eh merapu plak.. sorry.. Bahkan dalam lirik lagu pun ada iaitu 'Andai dapat ku undurkan waktu, akan ku ubahkan....' tengok betapa besarnya makan MASA ini. Dari segi psikologinya masa amat memainkan peranan yang penting dalam setiap aktiviti manusia yang setiap segalanya melibatkan Waktu... Setiap perkiraan perbuatan dilakukan memerlukan pertimbangan dengan masa... Contohnya Kehidupan masa kini yang amat mengejar waktu dan sesiapa yang terlambat walaupun selangkah akan ketinggalan amat jauh dibelakang, kerana pada masa kini semua perkara memerlukan kepantasan dan kecekapan yang sistematik, kerana keadaan ini bagaikan satu pertarungan untuk mengejar satu kejayaan, kedudukan dan keselesaan. Andai kata sesiapa yang tersilap langkah walaupun sekali dan tidak mempunyai kedudukan yang kukuh ianya akan terus kecundang dan senang kata terkeluar dari senarai list la.. hehehe.. opss ina dah kena cau luu..thankz ek coz sudi luangkan masa.. hehehe.. DADAAAAA

Monday 24 August 2009

Assalamualaikum..
Tenang rasanye jiwa ini, terasa apa yang terbeban selama ini tersandang lega. Segalanya terasa tenang dan lapang, mungkin inilah nikmatnya di bulan yang mulia ini bulan yang penuh dengan rahmat. Semakin hari ku semakin tenang dan hati ini berasa aman dan ku semakin bahagia melihat orang-orang yang ku sayang dan dekat denganku makin bahagia, amat sayang rasenya untuk lepaskan semua ini. Alhamdulillah ku panjatkan syukurku kepadaMu Yang Maha Mulia dan Maha Pengasih,diatas segala limpah rahmat yang telah Engkau berikan kepadaku selama ini dan terima kasih kerana Engkau kelilingkanku dengan orang-orang yang baikbaik dan amat hina rasenye diri ini akan segala dosa yang terbeban selamaku bergelar hambaMu dan terasa amat kecil sekali diri ini dibandingkan dengan mereka. Tetapi entah kenapaku semakin ingin mendalami ilmu ini dan ku cuba untuk menhijrahkan diri ini, tetapi ku tidak ingin ini semua berlaku dengan amat pantas dan mendadak kerana ku inginkan ia hadir dalam hatiku dan bukan kerana ku ingin menunjuk alim dan dalam keadaan kepura-puraan.. Ku ingin limpah rahmatMu dan ku ingin dekat dengan pintu syurgaMu yang setiap hambaMu dambarkan... Di bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini ku jujur menghadapMu menghambakan diriku yang daif ini yang menagih keampunanMu dan Limpah rahmatMu.. Amat hipokrit jika ku cuba untuk menjadi orang lain semata-mata untuk mendapatkan perhatian atau pujian, itu jauh dari niatku.. Ku lebih senang menjadi diriku, kerana ku amat benci akan perkataan 'hipokrit' muncul dalam setiap perbuatanku, ku ingin orang sekelilingku meneterimaku apa adanya aku. Segala kekuranganku dan segala yang ada padaku adalah diriku. Tegurlah aku diatas segala kesilapan yang tersilap dan ajarlah aku bagaimana dan betulkan aku jika ada salahnya. Keranaku manusia yang penuh dengan kekurangan, tetapi itu bukan falsafah hidupku, itu adalah falsafah yang lapuk bagi ku. Ku tidak ingin menjadi terlalu menyerlah ku hanya ingin manjadi yang biasa-biasa sahaja, maksudnya ku akan berhijrah tetapi biarlah dalam bentuk identitiku sendiri, orang kate plan-plan.. hehehe.. Ku hanya ingin berasa dekat denganMu yang menciptakanku sebagai hambaNya..

Thursday 20 August 2009

Kau SiaPa??

Ku mencari-cari dimanakah dikau menghilang..
Ku redah segenap penjuru samar..
Mengharapkan dikau muncul kembali menyinar kegelapan ini..
Hadir bersama semangat dan satu tangga lonjatan kebahagian dan kearah yang lebih sempurna..
Kenapa dikau menghilang sedangkan ku disini masih lagi dalam kebigungan untuk mentafsir apakah makna ini semua...
Tegarnya dikau melepaskan gapaian tanganku ini ketika diriku masih tertanya-tanya siapakah dikau...
Benak fikiran penuh dengan cabang pertanyaan menikam hati ini...
Kenapa pergi dan kenapa hadir tanpa kerelaanku..
Hati ini tersiksa, terjerat, bagaikan lembing menusuk tajamnya terasa..
Adakah ini yang dikau harapkan..
Agar ku terus terseksa dan terus sesat dalam kesamaran kegelitaan ini...
Mengapa hadir disaat ku setia menanti..
Dan mengapa dikau pergi disaat hati benar-benar memberuntukkanmu...
Adakah ini yang dikau inginkan??
Adakah dikau tenang? melihat ku begini..
Tidak pernah ku mengharapkan satu gunung yang besar untuk ku takluki..
Tidak pernah ku bermimpi meredah selaut emas yang berkilau..
Cuma mengharapkan satu cahaya yang membimbingku...

Tuesday 11 August 2009

MuSkiL>>

walaupun dalam hidup ini telah banyak yang telah anda tempuhi sama ada keseorangan atau bersama pendorong.. saat-saat itu sudah pastinya akan berbekas dalam memori kehidupan anda. dan apabila anda berasa akan kehilangan saat-saat itu, anda akan mula mancari tahu dan cuba mengawal perasaan anda demi untuk menyembunyikan apa yang tependam.. nak tau bukan mudah untuk mencari teman dalam tanngisan dan amat senang untuk mencari teman bergelak ketawa.. satu perkenalan sudah cukup untuk mengenali dan mendalami seseorang yang bergelar 'sahabat' , 'teman' , 'musuh' dan 'bisa'..
amat mudah untuk bergelar seorang sahabat tetapi amat sukar untuk bergelar seorang teman..
amat senang mencari musuh tetapi amat sukar meruntuhkan ikatan seorang .....
seperti ingin meninggalkan sesuatu yang amat berharga dan terasa amat kukuh ikatannya dengan anda.. walaupun jarak masanya masih lagi lambat jika dihitung, tetapi masa yang dihitung itu bukanlah ukurannya tetapi saat-saat memori indah yang tercipta amat memberi kesan kepada hati ini amat sensitif... amat merunsingkan dan tanpa diduga dalam memikirkan akan hal itu air mata mula bergenang dan pipi terasa basahnya..
mesti dalam hati akan ingin untuk melambatkan waktu yang tinggal atau mengundurkannya agar tidak menemui saat yang akan membuatkan hati anda berasa amat pedih untuk menerimanya.... kekadang hati amat sukar dijangka kerana perasaan amat pelik untuk ditafsirkan... tetapi dalam hal ini, perasaan yang amat sukar dijelaskan..
ye amat sukarkan untuk menerima pemergian seorang teman yang amat sempurna yang hadirnya tanpa diduga dan perginya pun begitu..
tapi Allah tidak akan menguji hambaNya jika ianya tidak mampu... jika diambil yang terbaik bagi kita sekarang pasti Ia akan mengurniakan yang lebih baik untuk hambaNya..

Monday 10 August 2009

Pe FungSinYA

Assalamualaikum...
Cuba pasang telinga anda dan cuba dengar apa yang ada disekelillingmu..
Cuba buka mata anda dan cuba lihat apa yang terbentang dihadapan anda dan cuba terokai apa disebaliknya..
Dan tinggal 3 lagi pancaindera anda iaitu mulut, hidung dan lidah... Tetapi tangguhkannya dahulu..
gunakanlah 2 pancaindera itu untuk menilai adakah ini semua yang anda mahukan dan adakan ini yang anda harapkan tau sebaliknya..
ina bukan mendorong kepada kearah perspektif yang negatif sahaja tetapi cuba untuk membuka mata anda yang segar dan terang pandangannya dan telinga yanng masih lagi jelas pendengarannya..
tetapi tidak salah untuk kita menyedarkan..
tatapi nilailah ia..karana setiap daripada kita mempunyai pamdangan dan perspektif yang berbeza.. kekadang dalam kita asyik menikmati keindahan kehidupan diniawi ini ada beberapa perkara yanng kita akan terlepas pandang dan mungkin hilang dari jenak pemikiran..
selepas hati dan akal menilai barulah mulut anda dibenarkan untuk berkata-kata dan lidah mulalah digunakan.. tetapi kekadang apabila mulut terbuka dan llidah mula berkata-kata.. mesti ada yang akan tersilap dan kata-kata akan mula terlangjur dengan kata-kata yang belum tentu datangnya dari hati dan akal anda..
kerana lidah adalah racun bagi hati.. sebab itu sesuatu yang ingin dimulakan jangan dimulakan dengan lidah.. kerana tersilap langkah amat sukar untuk menemui penawarnya...
jadi mulalah dari mendengar dan melihat...


Saturday 8 August 2009

LiHatLah...

Assalamualaikum..
Jika kita menyelami keadaan sekeliling, yang penuh dengan 'drama pentas dunia' amat membimbangkan bagi sesiapa yang berfikiran sedemikian..
Jika dinilai dari segi ekonnomi semasa sekarang bukan sahaja negara kita yang menghadapi kegawatan ekonomi bahkan seluruh dunia.. keadaan ini amat membimbangkan.. amat sukar untuk negara kita memperbaiki keadaan ekonomi yang boleh dikatakan 'really bad'.. ini semua disebabkan oleh ada sejenis wabak yang sedang merebak babgaikan angin, selepas satu wabak sekarang timbul pula wabak yang baru yang lebih ganas dan merbahaya.. Jika bertanyakan kepada yang alim mereka akan menjawab yang bahawa 'kiamat sudah dekat'.. amat menggerunkan jika difikirkan.. terasa diri amat terbeban dengan segala amalan yang belum tentu cukup atau mahupun akan diterima olehNya..
Amat menakutkan.. pelbagai cerita yang timbul ada yang berkait dan ada yang merepu..
Tapi kita sebagai hambaNya hendaklah berserah kepadaNya dan cuba yang terbaik untuk mengubatinya selagi upaya dan jika tiada jalan penyelesaiannya barulah kita bertawakal dan berserah kepadaNya..
Sesungguh segala yang kekangan yang mendatang itu adalah satu ujian yang datangnya dariNya yang sentiasa mennguji 'keimanan' dan 'ketakwaan' setiap hambaNya. Keran semakin kita diuji semakin dekat kita denganNya.. Tetapi selagi upaya kita hendaklah berusaha dan terus berusaha..

Saturday 1 August 2009

kekadang jika kita hendak menegur atau menyedarkan akan kesilapan yang dilakukan oleh kawan atau orang berada disekeliling kita, sudah cukup dengan satu pertanyaan atau teguran yang akan menyedarkannya akan kesilapan yang dilakukan..
teguran itu bukan dengan tujuan untuk menjatuhkan tetapi untuk membantunya membetuli akan kesilapannya..
tegur bukan sebarang tegur, tegurlah dengan berhemah, kerana hati amat ego untuk menerima teguran dan menyedari akan kesilapan yang dilakukan... kerana akal kekadang tidak akan sekata dengan hati..
dan bukan mudah untuk kita memngeluarkan teguran kerana sebelum menegur banyak yang perlu ditimbang tarakan.. jika tersilap tegur lain jadinya, kerana setiap manusia mempunyai pentafsiran yang berbeza.. dan akan mengeluarkan pendapat yang berbeza dan juga pespeksi yang berbeza mengenai sesuatu hal itu..
apabila berkata jangan bercakap benda yang megaibkan dan membuatkan seseorang curuga dan berasa hati.. bila melihat seseorang itu janganlah lihat dari luarannya sahaja tetapi lihatlah apa yang cuba dia sembunyikan dari pandangan anda.. jangan cepat membuat penilaian terhadap seseorang itu kerana belum tentu penilaian yang anda lemparkan kepada orang itu sebaik anda menilai diri anda sendiri..
senang untuk mendekati seseorang itu tetapi bukan mudah untuk menyelami lubuk hatinya..
senang untuk kita mencari teman ketawa tetapi susah untuk mencari teman dalam kedukaan..
tetapi itu semua dapat dicapai dengan "keikhlasan hati dan kejujuran"