Monday 24 August 2009

Assalamualaikum..
Tenang rasanye jiwa ini, terasa apa yang terbeban selama ini tersandang lega. Segalanya terasa tenang dan lapang, mungkin inilah nikmatnya di bulan yang mulia ini bulan yang penuh dengan rahmat. Semakin hari ku semakin tenang dan hati ini berasa aman dan ku semakin bahagia melihat orang-orang yang ku sayang dan dekat denganku makin bahagia, amat sayang rasenya untuk lepaskan semua ini. Alhamdulillah ku panjatkan syukurku kepadaMu Yang Maha Mulia dan Maha Pengasih,diatas segala limpah rahmat yang telah Engkau berikan kepadaku selama ini dan terima kasih kerana Engkau kelilingkanku dengan orang-orang yang baikbaik dan amat hina rasenye diri ini akan segala dosa yang terbeban selamaku bergelar hambaMu dan terasa amat kecil sekali diri ini dibandingkan dengan mereka. Tetapi entah kenapaku semakin ingin mendalami ilmu ini dan ku cuba untuk menhijrahkan diri ini, tetapi ku tidak ingin ini semua berlaku dengan amat pantas dan mendadak kerana ku inginkan ia hadir dalam hatiku dan bukan kerana ku ingin menunjuk alim dan dalam keadaan kepura-puraan.. Ku ingin limpah rahmatMu dan ku ingin dekat dengan pintu syurgaMu yang setiap hambaMu dambarkan... Di bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini ku jujur menghadapMu menghambakan diriku yang daif ini yang menagih keampunanMu dan Limpah rahmatMu.. Amat hipokrit jika ku cuba untuk menjadi orang lain semata-mata untuk mendapatkan perhatian atau pujian, itu jauh dari niatku.. Ku lebih senang menjadi diriku, kerana ku amat benci akan perkataan 'hipokrit' muncul dalam setiap perbuatanku, ku ingin orang sekelilingku meneterimaku apa adanya aku. Segala kekuranganku dan segala yang ada padaku adalah diriku. Tegurlah aku diatas segala kesilapan yang tersilap dan ajarlah aku bagaimana dan betulkan aku jika ada salahnya. Keranaku manusia yang penuh dengan kekurangan, tetapi itu bukan falsafah hidupku, itu adalah falsafah yang lapuk bagi ku. Ku tidak ingin menjadi terlalu menyerlah ku hanya ingin manjadi yang biasa-biasa sahaja, maksudnya ku akan berhijrah tetapi biarlah dalam bentuk identitiku sendiri, orang kate plan-plan.. hehehe.. Ku hanya ingin berasa dekat denganMu yang menciptakanku sebagai hambaNya..

1 comment: