Monday 17 March 2014

Dalam suasana yang dingin ini, teringat ku pada kenangan yang amat indah bagiku tapi itu dulu. Dialah orang yang pertama yang berjaya memenangi hatiku dan amat baik padaku. Gembira sangat bila berada disampingnya,rindu untuk luangkan masa bersama bila kerinduan. Walaupun kami jarang berhubung antara satu sama lain tapi sentiasa ku doakan semoga dia setiasa dan dialah yang ku harapkan menjadi imamku bila waktunya tiba nanti. Itulah yang setiap kali kuharapkan dan tiada yang lain tapi memang sudah tertulis yang kami berdua tidak ditakdirkan untuk bersama untuk mengecapi nikmat cinta yang dikurniakanNya. Setelah hampir empat tahunmenyemai cinta akhirnya putus jua ikatan yang kami jalinkan selama itu, entah dari orang ketiga atau memang cintanya padaku tidak seperti yang ku harapkan. Sekarang tiada lagi sisipan dihatiku untuk mencari yang lain dan tidak lagi ku ingin bercinta kerana sehingga kehari ini ku masih mencintaimu dan amt menrinduimu... Kalaulah kau dapat mendengarnya ku ingin kita mengulang kembali apa yang pernah kita lalui dahulu kerana kau kenangan yang terindah bagiku. Itulah luahan hatiku yang selama ini ku pendam dalam hati untuk ku lafazkan padanya. Namun itu semua harus ku lupakan kerana ku haras belajar menerima hakikat yang dia bukan untukku dan itu yang selama ini ku cuba untuk menerimanya namun hingga ke hari ini entah kenapa dia masih ku sayang????

Thursday 20 February 2014

New Environment

Tak tahu macam mana nak start tapi just wanna story about something that I just through out... Dalam hidup nie macam-macam orang kita akan jumpa dan berkomunikasi, Macam-macam ragam dan senario yang dapat kita lalui. Tapi bagi aku ini sedikit pelik kerana pada zaman sekarang still ada lagi orang-orang yang bersikap cetek akal dan mentalitinya agak rendah. Kenapa jadi macam nie aku pun tak tahu? Kenapa kita masih lagi keanak-anakan sedangkan kita telah lama meninggalkan zaman tesebut? Kenapa masih lagi berfikiran sempit terhadap sesuatu yang normal sedangkan eanya hanyalah sesuatu yang remeh, Kenapa hanya dengan sesuatu hal yang remeh boleh dirombak mengalakkan persidangan agung tahunan? Ya, mungkin ini environment baru bagi aku ditempat kerja yang baru dan seriously I said this is not good and really-really bad environment dengan biasnye dengan pekerja punye attitude dan system yang tidak berapa sistematik dan selaras. But that;s normal for new company for startup I understands. Kenapa seseorang itu tidak boleh berkomunikasi dengan baik? I'm still learning for that...

Wednesday 23 November 2011

Indah itu Sementara

Dalam ketenangan alam saat ini, bertandang satu rasa gambaran yang indah. Rasa rindu akan masa nan lalu, ketika ku masih tinggal di rumah lamaku dulu. Ingat akan kenangan nan lalu, Setiap pagi selepas subuh ku akan membuka tingkap bilikku kerana inginkan merasa dingin empun pagi dan cahaya matahari pagi masuk kebilikku dan menghangatkan pagiku, kerana kebiasaannya ku akan tidur kembali selepas solat subuhku. Indah sekali bila bangun pagiku dikejutkan oleh bunyi-bunyian sang burung dan si tupai yang sibuk mencari makan dan ada yang bermain sesama mereka, tenang rasa di hati apabila telinga ku disantapkan dengan bunyi desiran air sungai dibelakang rumahku yang bertentang dengan tingkap kamarku yang menghempas batu dan melalui selekohnya, terasa segar bila mata yang ku buka menatap segala kehijauan pokok-pokok, si tupai, burung-burung dan dari tingkap kamarku juga ku dapat melihat air sungai yang mengalir lembut. Akan ku tarik nafas panjang-panjang menhirup udara segar pagi dan pastinya senyuman akan ku ukirkan, dalam hati hanya lafaz syukur akan nikmat ini.

Namun semua itu dulu, kerana semua itu bagaikan semakin hilang. Kerana kini bangun pagiku akan dikejutkan dengan deruman enjin kenderaan yang kuat dan ku rasakan si tupai dan sang burung bagaiakan merajuk dengan keadaan ini, hanya terkilan dalam hati. Hanya ku mohon jangan semua itu terus hilang dan pupus di hatiku.

Kerana keadaan tidak mungkin akan sentiasanya sama. Indah kini tapi tidak mungkin akan datang eanya akan tetap indah. Dulu ku boleh menghitung berapa ekor tupai yang bermain didahan tapi kini untuk melihat seekor pun susah. Dulu sang burung selalu singgah di tingkap bilikku namun sekarang tidak lagi, hanya dapat ku lihat ea terbang dilangit.

Keadaan itu, membuatkan ku berfikir akan diriku dan sekelilingku...

Friday 16 September 2011

BeTuL kE?

Setiap orang mempunyai ego masing-masing, tinggi atau rendah ego itu bergantung kepada individu tersebut dan bagaimana ea mengendalikannya. Sebenarnya ramai individu yang kalah dengan egonya sendiri, kerana apa? itulah persoalannya dan yang akan semestinya mendapat pelbagai jawapan yang berbeza mahupun sama bergantung kepada pendapat mereka. 'Ego' keras bunyinya dan juga keras maknanya dan akan menjadi makin kuat jika bergabung dengan 'Nafsu' yang biasanya akan menjadi kawan setianya. Sukar untuk menundukkan ego seseorang apatah lagi ego diri sendiri yang tanpa disedari menguasai pemikiran dan hati kita.

Dikatakan, Nafsu yang kuat namun ea akan lemah tanpa Ego kerana terkawal dengan Akal dan akan sentiasa tunduk dengan Iman.

Sedap didengarkan? Tapi sukar untuk itu berlaku, 'kerana kita manusia insan yang lemah' cukup sinonim dengan ayat yang begitukan?

Tanpa disedari ramai yang Menan dalam mengejar nikmat dunia dan begitu juga ramai yang Kalah dalam mengejar keredhaannya. Kenapa begitu ye? Bagus persoalan itu. Jawapan untuk persoalan itu amat mudah 'EGO - AKAL + NAFSU - IMAN = ?'.

Thursday 18 August 2011

Sukar untuk memahami sikap dan perasaan seseorang itu. Kekadang dalam mencuba untuk memahami dan mencari keserasian, hati banyak yang terguris. Dan bila cuba melangkah untuk mencari keseimbangan ada rasa yang tidak senang.

Tanpa disedari keluhan bagaikan hembusan nafas yang kelelahan. Rasa berat dibahu, rasa dingin di sanubari. Persoalam mula bertandang, bertanyakan pelbagai macam perkara dan dari sudut yang kecil suara yang membangkitkan semangat mula kedengaran dan itulah satu-satunya pergantungan yang membuatkan diri teguh sehingga hari ini.

BOHONG! Jika diri ini tidak pernah mengaku kalah dengan semua yang mendatang dan tidak pernah sekali pun cuba untuk lari dari semua yang membebankan jiwa ini. Namun 'Pengalaman Mengajarku Erti kehidupan' (dalam caraku sendiri, setapak demi setapak ku mulai belajar dari satu cerita kepada cerita yang lain, ku mulai fahami dan segala itu membuka mata dan fikiranku akan kekuasaanNya dan KevbesaranNya dan semua laluan itu makin telah menenguhkan hatiku. Kekadang bila bersendirian, fikiran mula melayang-layang mengimbau kembali kenangan yang lalu dan memandang semula kearah keadaan semasa, bibir mula mengukir senyuman dan yang terluah hanya 'Segalanya Menyeronokkan'. Oh ya, dulu ku pernah mendengar seseorang menyatakan 'Masalah Itu Menyeronokkan', dan memang betul katanya itu.

Wednesday 17 August 2011

RuMiT

Inilah yang dikatakan 'Ditelan Mati Emak, Diluah Mati Bapa'...

Bila diam keadaan jadi bertambah teruk dan tidak terkawal, tapi bila bersuara hati pula yang menjadi gundah gulana.


'Lain Padang, Lain Belalangnya. Ya, memang betul tidak semua orang sama dan tidak semua orang berbeza. Tapi hidup ini yang membezakan (tidak menyentuh soal agama) kita semua adalah 'Pemikiran' & 'Attitude' seseorang itu terhadap persekitarannya.

Betul kata orang tua-tua, orang muda memang tinggi egonya, kerana setiap apa tindakan yang diambil didorong oleh hawa nafsu dan menepis pandangan akal. Jangan disalahkan orang muda bila ea melakukan kesalahan, kerana setiap kesalahan itu ada puncanya.

Bak kat Dr. Izzy 'renung-renungkan dan selamat beramal'...

Friday 12 August 2011

^-^

Sebalnya..!
Hanya kesabaran yang ku pohon kepadaNya, kuatkanlah kesabaran ini dan diri ini. Bila dalam keadaan begini kata-kata dan nasihat mama sentiasa kedengaran ditelinga ini, bagaikan satu melodi yang menenangkan dan membuatkan ku semakin kuat dan sedar dari terus bermain dengan semua yang mengganggu benak ini.

Ku ingin menjadi sekuat mama, ku ingin menjadi setabah mama, kku ingin menjadi sesabar mama dan ku ingin menjadi sesetia seperti mama... Namun mampukah ku?? Mama tidak pernah membenci dan mama tidak pernah mengeluh dengan apa yang ditanggungnya walaupun perkara itu sungguh berat untukku pikulnya. Mama tidak pernah melirik kesedihan, walaupun tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan namun dapat ku rasakan mama ingin sekali merasa kebahagian yang diidamkan oleh setiap insan, tapi mungkin kebahagian itu masih belum menjengahnya.

Bila mendengar rungutan ku dan adik-beradik yang lain, mama tetap senyum dan memberi nasihat yang sungguh berhemah, jika melihat ekspresi yang tidak menyenagkan dari ku atau yang lain, mama akan terus menegur. Ayat azimat yang pernah mama luahkan kepadaku dulu masih ku ingat dan sentiasa beralun di cuping telinga ini. Kata mama "Deqna Nak Naik Ke Langit Dan Terjun Ke Bumi Pun Mama Tak Kisah. Tapi Jangan Pernah Sesekali Jatuhkan Maruah Mama & Ayah" (Dengan senyuman mama meluahkannya). Ku Membalas dengan "Hanya Kepercayaan Mama Yang Deqna Nak"(Senyuman mama ku balas) dan selepas itu ku berlalu keluar rumah kerana kekawanku telah menunggu. Kata-kata itu terluah bila ku acap kali meminta kebenaran mama untuk keluar bersama kekawan. Walaupun tidak sedikit pun kefahaman yang ku tunjukkan kepada mama terhadap kata-katanya itu namun disebalik itu kata-kata itu amat menusuk dan ku simpan disudut yang 'Beramaran'...

Ayat itu bagaikan satu azimat buatku, kemana ku melangkah, kemana tujuanku dan bagaimana tingkahku hanya ayat itu yang selau bersama ku. Tetapi dengan caraku ayat itu ku pegang dan janjiku pertahankan.

Pesan mama "Jangan Pernah Benci dan Buat Orang Seperti Orang Buat Kepada Kita" & "Sabar"...