Thursday 19 November 2009

Dalam kesunyian malam terdengar desiran ombak yang menghempas pesisir pantai. Tenang rasanya duduk dalam keadaan begini, fikiran yang sebelumnya kusut dan bercelaru dek kerana banyak persoalan dan permasalan yang bercambah dan bertandang, membuatkan hati terasa gusar dan fikiran mula menemui kebuntuan selekohnya bagai lenyap untuk seketika dan membuka ruang untukku melapangkan kekusutan dan kecelaruan ini. Dengan pemandangan yang indah walaupun agak kelam untukku melihat keindahan tersebut dek kerana ketiadaan cahaya bulan dan bintang yang menghiasi laman langit, tetapi terasa kewujudan dan dapat ku rasakan bahawa tumbuhan disekelilingku sedang memerhatikan tingkah laku ku (alahai terasa nak tergelak la plak, bila difikirkan keadaan ku sekarang yang sedang berangan jauh. Maklumlah bila lagi nak layan perasaan yang kesunyian nie). Alangkan indahnya jika saat-saat sebegini selalu ada untuk ku, tetapi tidak semua yang indah itu akan menjadi milikku dan tidak semua yang membahagiakan akan selamanya membahagiakan (betula tak?). Adakalanya ku akan tercongok/ terduduk sendirian melayan lamunan perjalanan kehidupanku ini (bukan nak meratap nasib, just orang cakap 'muhasabah diri'.. Kua2) yang banyak menguji diri ini dalam pelbagai segi, bila difikirkan banyak yang ku terlepas fikir dan pandang atau sedar akan sesuatu atau beberapa perkara yang sepatutnya. Tapi ku bukanlah sempurna dari segala aspek, terlampau banyak kekurangan pada diri ini (itu adalah ayat untuk orang yang pasrah dan jika difikirkan itu adalah ayat seseorang yang bagaikan tiada 'usaha daya diri' betul tak? lebih kurang camtulah. huhuhu) tetapi ku juga cuba untuk membuatkan sesuatu itu menjadi sempurna sama ada dipandangan atau secara zahirnya dan juga dari pelbagai aspek. Tapi (Mesti ada "tapi" kan? maklumlah nak cover katakan) amat sukar untuk membuatkan sesuatu itu tampak sempurna jika ianya sesuatu yang melibatkan penilaian, kerana amat sukar untuk memuaskan hati semua pihak (ayat yang selalu digunakan oleh artis) kerana kita semua adalah berbeza walaupun dari segi zahirnya kita semua tiada bezanya tetapi yang membezakan kita sesama manusia adalah 'cara pemikiran' bak kata pepatah "lain padang lain belalang"..

Wednesday 18 November 2009


Setiap orang mempunyai satu impian yang ingin dicapainya mungkin lebih dari satu, bergantung kepadanya. Mungkin sebelum pernah kita terfikir akan mengapa kita perlu mempunyai impian? untuk apa itu semua? Tapi persoalan itu semua akan terjawab dengan sendirinya apabila kita sedar akan kepentingannya dan impian itu akan ada dalam minda masing-masing,kerana ia sesuatu yang akan kita fikirkan dan berdasarkan impian itulah yang akan mengambarkan kita pada masa yang akan datang (if I don't mistake), kerana impian itu boleh menjadi cita-cita kita yang akan kita cuba untuk mencapainya kerana ia adalah sebahagian daripada matlamat kita dalam mengecap kehidupan didunia ini.
Amat mudah untuk mengimpikan sesuatu impian itu, tapi adakah semua yang kita impikan itu akan kita kecapinya?? satu persoalan yang kekadang menjadi pembakar semangat dan kekadang menjadi satu kekangan/ permasalahan yang menguji diri. Bukan senang untuk mencapai sesuatu itu tanpa daya usaha dan iktiar dalam merealisasikan apa yang dihasratkan dan impian hanya akan menjadi sia-sia jika tidak diiringi dengan kesungguhan dan keazaman untuk mencapainya serta daya usaha yang tidak lekang. Bak kata pepatah ' Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih' dan janganlah kita hanya tahu menbina impian tetapi tidak tahu cara untuk mencapainya. Ada juga antara kita yang selalu mencambahkan impian dan sentiasa bertukar impian, itu tidak menjadi masalah kerana setiap orang mempunyai cara dan pemikiran yang berbeza, mungkin itu cara dia, kita tidak boleh mempertikaikannya tapi kita boleh belajar bagaimana ia melakukannya dan mencapainya. Tapi janganlah hanya 'Hangat-hangat Tahi Ayam' plak. Dalam memasang impian or I mean dreams, sedar atau tidak ia sebenarnya satu percaturan kehidupan pada masa akan datang yang akan menentukan sama ada kita berada di tahap yang mana.