Thursday 19 November 2009

Dalam kesunyian malam terdengar desiran ombak yang menghempas pesisir pantai. Tenang rasanya duduk dalam keadaan begini, fikiran yang sebelumnya kusut dan bercelaru dek kerana banyak persoalan dan permasalan yang bercambah dan bertandang, membuatkan hati terasa gusar dan fikiran mula menemui kebuntuan selekohnya bagai lenyap untuk seketika dan membuka ruang untukku melapangkan kekusutan dan kecelaruan ini. Dengan pemandangan yang indah walaupun agak kelam untukku melihat keindahan tersebut dek kerana ketiadaan cahaya bulan dan bintang yang menghiasi laman langit, tetapi terasa kewujudan dan dapat ku rasakan bahawa tumbuhan disekelilingku sedang memerhatikan tingkah laku ku (alahai terasa nak tergelak la plak, bila difikirkan keadaan ku sekarang yang sedang berangan jauh. Maklumlah bila lagi nak layan perasaan yang kesunyian nie). Alangkan indahnya jika saat-saat sebegini selalu ada untuk ku, tetapi tidak semua yang indah itu akan menjadi milikku dan tidak semua yang membahagiakan akan selamanya membahagiakan (betula tak?). Adakalanya ku akan tercongok/ terduduk sendirian melayan lamunan perjalanan kehidupanku ini (bukan nak meratap nasib, just orang cakap 'muhasabah diri'.. Kua2) yang banyak menguji diri ini dalam pelbagai segi, bila difikirkan banyak yang ku terlepas fikir dan pandang atau sedar akan sesuatu atau beberapa perkara yang sepatutnya. Tapi ku bukanlah sempurna dari segala aspek, terlampau banyak kekurangan pada diri ini (itu adalah ayat untuk orang yang pasrah dan jika difikirkan itu adalah ayat seseorang yang bagaikan tiada 'usaha daya diri' betul tak? lebih kurang camtulah. huhuhu) tetapi ku juga cuba untuk membuatkan sesuatu itu menjadi sempurna sama ada dipandangan atau secara zahirnya dan juga dari pelbagai aspek. Tapi (Mesti ada "tapi" kan? maklumlah nak cover katakan) amat sukar untuk membuatkan sesuatu itu tampak sempurna jika ianya sesuatu yang melibatkan penilaian, kerana amat sukar untuk memuaskan hati semua pihak (ayat yang selalu digunakan oleh artis) kerana kita semua adalah berbeza walaupun dari segi zahirnya kita semua tiada bezanya tetapi yang membezakan kita sesama manusia adalah 'cara pemikiran' bak kata pepatah "lain padang lain belalang"..

No comments:

Post a Comment