Saturday 1 August 2009

kekadang jika kita hendak menegur atau menyedarkan akan kesilapan yang dilakukan oleh kawan atau orang berada disekeliling kita, sudah cukup dengan satu pertanyaan atau teguran yang akan menyedarkannya akan kesilapan yang dilakukan..
teguran itu bukan dengan tujuan untuk menjatuhkan tetapi untuk membantunya membetuli akan kesilapannya..
tegur bukan sebarang tegur, tegurlah dengan berhemah, kerana hati amat ego untuk menerima teguran dan menyedari akan kesilapan yang dilakukan... kerana akal kekadang tidak akan sekata dengan hati..
dan bukan mudah untuk kita memngeluarkan teguran kerana sebelum menegur banyak yang perlu ditimbang tarakan.. jika tersilap tegur lain jadinya, kerana setiap manusia mempunyai pentafsiran yang berbeza.. dan akan mengeluarkan pendapat yang berbeza dan juga pespeksi yang berbeza mengenai sesuatu hal itu..
apabila berkata jangan bercakap benda yang megaibkan dan membuatkan seseorang curuga dan berasa hati.. bila melihat seseorang itu janganlah lihat dari luarannya sahaja tetapi lihatlah apa yang cuba dia sembunyikan dari pandangan anda.. jangan cepat membuat penilaian terhadap seseorang itu kerana belum tentu penilaian yang anda lemparkan kepada orang itu sebaik anda menilai diri anda sendiri..
senang untuk mendekati seseorang itu tetapi bukan mudah untuk menyelami lubuk hatinya..
senang untuk kita mencari teman ketawa tetapi susah untuk mencari teman dalam kedukaan..
tetapi itu semua dapat dicapai dengan "keikhlasan hati dan kejujuran"

No comments:

Post a Comment