Monday 27 July 2009

TRY iTs.....

Assalamualaikum...

apabila anda ingin mengetahui tentang sesuatu itu, melalui apa caranye sekalupun anda akan cuba untuk mengetahuinya.. itu pun jika anda betul-betul ingin mengetahuinya..
tidak kiralah apa sahaja perkara yang ingin anda ketahui itu.. kerana setiap soalan mesti ada jawapannya.. betul tak??
apabila anda mula berfikr dan dalam kepala anda mempunyai soalan yang hendak ditanya, itu membuktikan yang otak kita beroperasi dan sel-sel otak kita semakin bercambah.. dan berkembang.. walaupun soalan yang bermain dalam fikiran anda itu adalah soalan yang dianggap pada orang lain adalah satu soalan yang bodah untuk dipertanyakan.. tetapi jangan terus memendamkannya atau memadamkannya, sebaliknya anda harus bertanya jika persoalan itu anda sendiri tidak tahu akan jawapannya..
itu membuktikan yang anda mempunyai sifat ingin tahu... kekadang kita akan malu untuk bertanya soalan padahal ia menjadi persoalan kepada anda... jika soalan itu terus dipendam nati ia akan mula tenggelam dan terus tenggelam dalam bena fikiran anda itu.. kerana bukan hanya satu persoalan yang anda akan fikirkan dalam satu-satu masa itu tetapi dari satu persoalan yang timbul ia akan bercambah dan otak kita akan cuba untuk mengalisanya dan cuba menguraikannya.. jika ia tidak dapat menguraikannya maka terpaksalah kita bertanya.. walaupun otak anda mampu untuk fikirkan jawapanya, tetapi adakah jawapan itu betul? disini perlunya pertanyaan dan penyelesaian masalah..
kerana jika anda bertanya kepada mereka yang arif tentang persoalan yang itu, maka anda mendapat jawapan yang tepat tentang hal itu, dan bukannya ina maksudkan bertanya itu hanyalah dari kontek pertanyaan sahaja tetapi jika bertanya itu menunjuk kepada pemberi bahawa anda bertindakbalas dan mengikuti akan perbincangan itu..
dan dari pertanyaan itu maka akan timbulnya perbncangan tentang perkara itu, dan timbang tara tentang jawapan dan persoalan yang ditanyakan itu...
dari situ anda akan dapat jawapannya dan fikiran anda akan mendapat analisa yang tepat tentang hal itu..
berbalik kepada perkara yang ina timbulkan tadi iaitu 'perasaan malu'.. ye memang betul setiap dari kita mempunyai persaan malu yang membuatkan anda merasa rendah diri dan uncomfortable dalam situasi yang berbeza..
tetapi anda dapat membendung diri anda dari terus diselubungi dengan bayang-bayang sendiri..
itu ina istilahkan laa... memang perasan malu ini agak sukar untuk dilenturkan dari perasaan anda tetapi jika dengan cara yang betul pasti ianya dapat dihakis sedikit demi sedikit..
kebanyakkan orang akan pergi menghadiri program motivasi atau berjumpa dengan caunselor, baca buku yang berkaitan atau melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan..
tetapi ina ada cara yang lain dan ina rasa itu adalah cara yang terbaik untuk menghakis perasaan malu anda itu..
iaitu cubalah jadi seorang peniaga dan cuba memahami peranannya dan bagaimanakah wataknya.. kerana dengan cara itu kita akan lebih bersifat terbuka dan dari situlah kita dapat mengenal satu erti yang amat memberi makna kepada anda dan ianya pasti bergna dimasa hadapan.. nak tau bukan mudah nak hadi seorang peniaga yang mempunyai 'kuasa' yang dapat menarik pelanggan untuk membeli barangan yang diperdagangkan itu.. dengan menjadi seorang peniaga anda akan dapat rasakan ikatan antara anda dan masyarakat sekeliling dan disitu anda akan cuba untuk memahami keadaan mereka.. dan apabila anda melihat mereka anda akan mempunyai satu perasaan yang mendesak anda untuk merapatinya.. dan cuba untuk beramah mesra dan anda akan dapat rasakan yang seperti sudah lama berkenalan dengannya..
bukan itu sahaja tau.. selain keadaan itu dapat membantu anda dalam meghakis perasaan malu anda itu.. keadaan itu juga secara tidak langsung membantu cara 'komunikasi' anda.. kerana dari situ anda akan tidak akan rasa malu untuk bertanya atau melontarkan pendapat dan cadangan.. dengan pengalaman yang diperolehi anda akan menilai dan dapat anda lihat perubahan hubungan anda dengan orang sekeliling anda... mesti lebih ramah dan mesrakan..
jadi cubalah.. ina bukanlah menyatakan bahawa ini adalah cara terbaik untuk kamu, kerana ada antara kalian yang tidak mampu untuk menghadapinya.. boleh guna cara yang lain.. its up to you.. you decide its..

No comments:

Post a Comment