Wednesday 22 July 2009

Ape Yang DiKeJaR.... Ape Yang DiKenDong KeciciRan...

Assalamualaikum.. umm.. nak crite xnak crite.. huhuu.. mestilah nak crite..
bila kita melakukan sesuatu perkara atau melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti yang memerlukan komitmen yang boleh dikatakan sepenuhnye.. atau dengan ayat lain penglibatan yang berterusan.. jika kita hanya semata-mata melibatkan diri dalam sesuatu itu hanya untuk mempromosikan diri, ye memanglah dengan menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti atau sesuatu organisasi itu adalah langkah yang bagus untuk kita lebih diiktiraf dan disedari akan kehadiran kita dalam satu-satu organisasi itu, bukan cam padi yang terlingdung dek lelalang.. dengan cara itu juga dapat membuktikan kemampuan diri kita dan tahap persediaan diri kita dalam menangani satu-satu masalah yang timbul dan bakal timbul.. tapi jangan lupe akan tanggungjawab terhadap lain.. bak kata orang la bukan ina la.. bukan senang nak jadi senang dan bukan payah nak jadi susah.. thinking about that...
kekadang apabila kita tealah sampai ke tahap yang kita mahukan atau impikan kita akan lalai dan di situ orang disekeliling kita akan menilai diri kita, tahap komitmen yang kita korban dan pe yang kita telah sisihkan.. ini memberi satu persepsi kepada mereka sama ade ianye persepsi bad or good..
jika kita mempunyai niat atau matlamat pe yang ingin dicapai dari awal penglibatan, tidak mungkin niat itu tidak akan berganjak.. atau melencong kepada niat yang lain..
kerana minda kita sentiasa bergerak dan berkembang, dan dalam hal ini kita akan banyak menempuhi pelbagai situasi... yang mendesak atau yang membutukan.. tapi kita tetap dapat mengawalnye.. tapi sudah tentu niat atau matlamat yang lepas akan berubah dan ade juga yang bertambah niatnye...
niat itu bergantung kepada seseorang itu, dia yang menetukan sama ade niatnya good or behinh of that...
kerana sungguh susah untuk jadi yang sempurna dan bukan kita semua sempurna.. tapi yang dapat lakukan adalah cuba untuk buat ianya menjadi sesempurna mungkin.. mungkin perkataan ini hanyalah bermain dalam kata-kata sahaja.. bagaikan opera..
jika ingin menjadi yang terbaik bukan dengan kata-kata tapi azam dan usaha yang nekad... ye glamour itu penting kerana itu adalah sebagai tangga untuk kita mencapai sesuatu, tapi jika terlalu mengejarnye dan kita akan menjadi tarikan mata sekeliling akan susah untuk mengawalnye, kerana semua yang berkaitan diri akan dilampirkan dimata yang memandang..
biarlah semua itu seimbang dan jangan biarkan ianya semakin lumpuh tetapi pulihkannya dan biarkan ia menjadi sesuatu yang teguh dan kukuh...

No comments:

Post a Comment