Monday 7 September 2009

TiBA sAtU sAaT...

Kekadangku terfikir adakah semua ini akan kekal sehingga selama mana yang ku mahu..
Adakah semua ini adil bagi ku, sedangkan orang lain masih lagi serba kekurangan dariku....
Tetapi sentiasa ku mohon padaNya yang Esa agar semua kenikmatan yang ku perolehi sekarang janganlah ditarik dengan hancurkan hatiku yang memangnya amat rapuh untuk berhadapakan dengan semua itu..
Ku tidak sanggup untuk berhadapan dengan semua itu.. ku takut..
Kerana segala kebahagiaan ini amat berharga bagiku Ya Tuhan..
Saat jatuh dan bangunku, saat indah dan keresahanku, saat gelak dan tawaku
bersama mereka yang amatku sayangi...
Kekadang bila asyik dalam gelak tawa, hati mula resah terfikirkan adakah ku sanggup untuk melepaskannya.???
Belum sempat untuk hatiku menjawab semua persoalan itu, genangan air mata mulai keguguran dan mengalir bagaikan titisan jernih hujan, terpaksa ku tahan semua itu kerana itu adalah rahsia hatiku...
Amat senang untuk mengukir kebahagian bersama dan amat sekar untuk menerima perpisahan yang bakal mendatang...
sejenak ku terfikir andai kata ku dapat undurkan waktu yang berdetik atau memberhentikannya untuk ku terus bersamanya...
Tapi itu semua hanyalah dalam mimpiku yang hanyalah fantasi semata-mata...
Ku bukan pemilik semua ini dan semuanya adalah aturanNya, dan ku sebagai hambaNya yang amat daif akan sentiasa memohon dan terus meminta dengan keajaibanNya...

No comments:

Post a Comment