Wednesday 30 December 2009

I'm Try

Dalam asyik menjalinkan ikatan perhubungan yang bernama "kawan", dalam proses perhubungan tersebut banyak yang mengusik fikiran dan perasaan ina. Ina suka berkawan with anyone, but ina akan rasa kurang selesa bila diajukan persoalan yang berkaitan dengan perasaan ina, tapi lu tanya pendapat mengenai sesuatu yang berkaitan dengan perasaan itu tidak mengapa coz ina leh jawab coz its just my opinion. Pernah ina bagitau dulu yang mana ada perempuan tidak akan rasa cemburu jika melihat pasangan berkasih or kawannya ada 'gf' / 'bf' walaupun perasaan itu sedaya upaya ia cuba sembunyikan dan cuba lemparkan jauh-jauh dari hatinya tapi mata tidak pernah menipu. Walau sejauh mana sekali pun perasaan cemburu, sayang, benci, dan what ever your eyes show it. Kerana kaum hawa amat lemah dari segi mengawal perasaan masing-masing, mudah memberi kasih sayang, mudah menyayangi, amat mudah jatuh cinta dan amat mudah terpedaya dan lemas dalam permainan kata-kata yang membuaikan dan sehinggakan satu harta yang tidak ternilai harganya yang selama ini dipertahankan boleh terlepas dan hancur dengan begitu mudah. Hebat sungguh kuasa lelaki yang pandai bermain dengan perasaan kami kaum yang lemah, tetapi bagi ina bukan salahnmya terletak pada satu pihak tetapi kedua-dua belah pihak.
Jika dilihat ramai wanita yang menjadi mangsa lelaki seperti majoriti peratus kes yang sedang meningkat sekarang, betapa hebatnya kaum lelaki dan betapa lemahnya kaum wanita, tetapi betapa bodohnya kaum lelaki kerana tidak tahu menilai satu kurnia, betapa lemahnya kaum lelaki kerana menyeksa kaum yang tercipta dari rusuk yang bernama lelaki, bodohnya lelaki kerana berajakan hawa nafsu nan serakah. Dan betapa bodohnya kaum wanita yang amat mudah termakan dengan kata-kata yang melalaikan, dan lagi bodoh kaum wanita kerana tidak tahu menggunakan akal fikiran yang ada untuk membuat satu penilaian, bodohnya kaum wanita kerana sering mengikut kata hati dan hawa nafsu yang daif.
Itu hanyalah dari satu sudut belum yang lain, selalu bermain di benak fikiran ina mengapa kita kaum hawa amat lemah, walaupun itu memang tidak disangkalkan dan walaupun ramai kaum hawa pada masa kini bijak dalam merebut peluang dan dapat bersaing dengan kaum adam, itu satu perkembangan yang amat baik dan impressive tapi dalam persoalan ini mengapa kita masih lagi lemah??

No comments:

Post a Comment