Tuesday 12 January 2010

You're My iNs

Assalamualaikum..

Lama jugak ina tak share apa-apa ek dengan korang, faham-faham jelah usahawan berjaya katakan.. itulah perli housemate ina kapada dan itulah ayat pertama yang akan hinggap kat telinga ina sebelum salam ina dijawab. nevermind ina tak kisah sebab segala perli dorang kepada ina, ina anggap itu sebagai doa.. semoga ia dimakbulkan "Inawati Seorang Usahawan Berjaya", not bad. Kalau jadi betul-betul Alhamdulillah, termakbul doa mama dan ayah yang memang nak ina dan adik-beradik mencuburi bidang perniagaan dan memang sejak dari dulu lagi mama dan ayah tak suka kalau kami adik-beradik bekerja dengan kerajaan, nak tau sejak dari kecil lagi kitorang adik-beradik dilatih untuk berniaga.. Sebab semuanya bermula dari mama yang suka memasak dan masakannya memang sedap tau, dulu family kitorang ada restoran dan selepas Along masuk je sekolah menengah restoran mama dijual, yelah nak fokus kepada anak-anak. Tapi mama memang banyak kemahiran dia duduk kat rumah bukan hanya menjalan tugasnya sebagai surirumahtangga sepenuh masa tapi disamping tu mama dapat income dari kemahirannya sendiri mama pandai menjahit dan semua baju kitorang adik-beradik mama yang buat, tapi lepas tu mama tukar perniagaan kepada satu perniagaan kepada perniagaan yang lain.
Tak terkira asenye perniagaan yang telah mama buat, dan dari situlah ina dan adik-beradik dilatih untuk melayan pelanggan, bagaimana nak decide harga, bagaimana nak kira stok dan check stok mengikut kod, bagaimana nak update akaun dan decide barang apa yang patut ditempah dan ada pasaran dan macam-macam lagi. Kekadang ina takde masa untuk rehat, dulu lepas je balik dari sekolah terus tolong mama kat kedai, tolong mama kemas kedai sebab mama tak suka kedai kelihatan macam tak terurus begitu juga dirumah bila time tolong mama masak je mesti kena komen segala perlakuan ina diperhati dan diperbetulkannya, biasalah mama tidak suka akan kekotoran dan begitu juga ayah, ayah cerewet tau sampai ina pun terikut akan perengainya, sebab tu mama gelar ina 'anak ayah', selain itu ina kena layan pelanggan, kira stok dan lain-lain. Sampai ina tak tahu bila ina rehat dan sampai ina tak sedar yang diri ina lemah. Dulu kat sekolah kekawan selalu tanya 'Bila ina rehat?, asyik tolong mama kat kedai je. Always busy'. Jawapannye ada lepas balik dari kerja ina rehat la, biasanya ina akan balik kerja pukul 2 or 3 pagi itu dah adat la bagi ini, dan waktu tidur la ina manfaatkan betul-betul. Letih memang letih tapi ina rasa pengorbanan yang ina lakukan jauh lebih kecil dari apa yang telah mama korbankan untuk ina dan adik-beradik. Sebab itu, ina tak merungut walaupun hati rasa ingin merungut ina tahan dan ingat akan mama. Mama tak pernah merungut apa lagi merungut, cuma kekadang bila tengok mama melayan hati ina sedih dan ina kalau boleh tak mahu mama bekerja lagi dan biar mama dan ayah duduk kat rumah goyang kaki. Tapi kekangannya perjalanan hidup ina still panjang dan untuk habiskan study nie pun lambat lagi, along pun sama, along habis study sama nga ina tapi maybe ina akan sambung dan along akan kerja. Tapi kitorang adik-beradik semua ambik pengurusan perniagaan yelah itu yang mama dan ayah nak. k r dadaa ina ada kerja.. huhuu

No comments:

Post a Comment