Friday, 25 September 2009

1 PeNGuRaIaN

Waktu tidak akan pernah berhenti walaupun kita cuba untuk menghentikannya, dan ia juga tidak akan pernah kalah walaupun sejauh mana kita cuba untuk memintasnya.
Amat sukar untuk menentukan sesuatu yang belum pasti akan menjadi milik kita, dan amat sukat untuk memiliki sesuatu yang bukan untuk kita.

Walau dipaksa dan didesak ia tak kan menjadi hak kita kerana itu semua sudah tertulis, dan "kita sebagai umatnya perlu redha, berusaha dan bertawakal" dan "jangan hanya redha dan bertawakal" sahaja itu adalah sifat yang Allah tidak suka tau, kerana itu menunjuknyakan bahawa betapa lemahnya kita sebagai umatNya, walaupun hakikatnya begitu, tapi Allah telah mengurniakan satu kelebihan yang membezakan kita dari makhlukNya yang lain.. Iaitu 'AKAL'... Gunakanlah ianya sebaik mungkin, tapi sedar atau tidak kita sebenarnya sedang mengabaikan kelebihan yang dikurniakan itu. urmmmm..

Banyak yang kita lakukan dan semua itu bermatlamat, dan kita akan cuba mencapainya dengan daya upaya yang ada, tapi ada juga yang 'hangat-hangat tahi ayam'. Bukan itu yang dipersoalkan tapi dalam kita asyik mengejar dan merealisasikan hasrat dan matlamat itu, adakah kita sedar akan sesuatu yang mungkin pada masa itu bagi kita ia tidak memberi nilai or don't mean anything for you, tapi jangan dipandang sesuatu yang remeh itu dengan sebelah mata walaupun sehebat mana kuasa anda dan setinggi mana pun kedudukan anda, ingat yang kita semua asal dari satu penciptaan yang sama dan mempunyai fungsi sistem yang sama tiada yang canggih dan hebat dari segi lahirnya, dan hanya yang membezakan adalah 'HATI DAN AKAL'.....

Sesungguhnya lumrah manusia yang menginginkan sesuatu yang lebih dan lebih lagi, for me manusia tidak akan lari dari sifat 'TAMAK', Why I say like that?? sebab jika diperhatikan sikap itu sebenarnya adalah sifat azali manusia, bukan dimaksudkan tamak dari segi harta tetapi dalam beribadat pun begitu. tapi sikap 'TAMAK' nie bukanlah hanya melambangkan sifat yang negatif sahaja tapi ia juga adalah salah satu faktor yang mendorong kepada sikap yang positif..
Ia boleh disifatkan dengan sikap 'RIAK', Ye memang sikap itu membuatkan setiap dari kita mula menjengkelkan, tapi ingat sifat inilah juga mempunyai kesan positifnya.. but base on what in our heart also... if its right and sincere from ur heart u will get more than that.

Semua benda ini amat sukar untuk sitafsirkan dan menjadikan ia satu penghubungkaitan, coz everyone will get somethings that its feel uncorrect about this and the way of our thinking is different....

Monday, 14 September 2009

assalamualaikummm... urmm.. dah lame kan ina x update blog..
nak cakap malas xla malas, nak cakap xde mase ada mase, nak cakap xde point ade je point tapi.. baselah manusia penuh dengan alasan yang penting kita xkan salah diri kita sendiri walaupun itu salah kita.. itu pendapat yang banyak sangkalannyakan.. cuba tanye orang sebelah, sudah semestinya dia akan jawab sebaliknya dan akan itu pendapatnya.... ada yang berpendat bahawa alasan adalah satu cara untuk menyelamatkan diri sesuatu situasi yang mendesak untuk kita lakukannya lebih kurang untuk menipu pun ada... ada juga yang berpendapat bahawa itu sebagai lumrah 'baselah ayat pasrah' kate seseorang..
tapi itu depand on ourself how to interpret its...
urmm.. merapu je keje ina nie... ish2..
actually ina nak ucapkan selamat hari raye.... ina mintak sry banyak2 ek.. dari hujung rambut sampai hujung kaki... maafkan ina ek lu selama ini ina ada terkasar bahasa tersilap sana sini ke.. tapi bukan ct situ sana sini la... hehehe

ok duit aye jangna lupe tau...

Monday, 7 September 2009

TiBA sAtU sAaT...

Kekadangku terfikir adakah semua ini akan kekal sehingga selama mana yang ku mahu..
Adakah semua ini adil bagi ku, sedangkan orang lain masih lagi serba kekurangan dariku....
Tetapi sentiasa ku mohon padaNya yang Esa agar semua kenikmatan yang ku perolehi sekarang janganlah ditarik dengan hancurkan hatiku yang memangnya amat rapuh untuk berhadapakan dengan semua itu..
Ku tidak sanggup untuk berhadapan dengan semua itu.. ku takut..
Kerana segala kebahagiaan ini amat berharga bagiku Ya Tuhan..
Saat jatuh dan bangunku, saat indah dan keresahanku, saat gelak dan tawaku
bersama mereka yang amatku sayangi...
Kekadang bila asyik dalam gelak tawa, hati mula resah terfikirkan adakah ku sanggup untuk melepaskannya.???
Belum sempat untuk hatiku menjawab semua persoalan itu, genangan air mata mulai keguguran dan mengalir bagaikan titisan jernih hujan, terpaksa ku tahan semua itu kerana itu adalah rahsia hatiku...
Amat senang untuk mengukir kebahagian bersama dan amat sekar untuk menerima perpisahan yang bakal mendatang...
sejenak ku terfikir andai kata ku dapat undurkan waktu yang berdetik atau memberhentikannya untuk ku terus bersamanya...
Tapi itu semua hanyalah dalam mimpiku yang hanyalah fantasi semata-mata...
Ku bukan pemilik semua ini dan semuanya adalah aturanNya, dan ku sebagai hambaNya yang amat daif akan sentiasa memohon dan terus meminta dengan keajaibanNya...

Monday, 31 August 2009

MeRunGuT...

Assalamulaikum... jawab jangan x jNumbered Listawab..


fuhh.. bengangnye hari nie.. dah la dapat ckit test financial... tapi xlah sangat mengecewakan.. besa2 jee... kira ok laa..


ummm... dah laa bulan pose nie banyak test n ad mid-term lagi... bapak pecah kepala.. pecah ke?? hehehe.. kenalah manage time dengan sebaiknye.. tapi yang bengang lagi bila lepas raya nati ada test lagi, dah la time 2 ngah mood raye tau... gerammm...

Ina sabar ina... alahai lu ina marah2 pun bukannye dapat anugerah ke pe ke.. just membazir mse je kan.. tau xpe..

Sepanjang perjalanan hidup ini, kita tidak akan berhenti dari merungut dan terus merungut eventhough me... Tapi lam asyik kita merungut itu ada yang kita terlepas dari akal kita. Semasa kita sedang asyik merungut ada kita tanye kepada diri kita "kenapa kita alwayz merungut?" "Pe faedahnye kita merungut?" "pe yang menyebabkan kita merungut?" "salah siapa kita rungutkan?".. n lln..

lot of things came light in my head... dushhhh..

Don't take much space... i cut my talk..

tidak ke kita cuba fikirkan cara yang terbaik untuk mengelakkan dari terus merungut dan merungut... Dan cuba perbaiki pe yang mengyebabkan kita merungut...

just thinks 4 our goodness...

Sunday, 30 August 2009

DALAM HIDUP YANG PENUH DENGAN LIKU DAN ONAK DURINYA, YANG SENTIASA MENCABAR KEIMANAN DAN KESABARAN YANG MENETAP DIHATI INI.. KU CUBA UNTUK BERTAHAN DEMI SATU PERJUANGAN DENGAN SATU MATLAMAT DAN KEAZAMAN YANG BERBEKAL DIHATI INI.. SELAGI BELUM TERCAPAI APA YANG TERSIRAT DIHATI INI TIDAK AKAN KU MENYERAH KALAH.. KU RELA BERTARUNG UNTUK SEUMUR HIDUPKU.. SEHINGGA SISA-SISA YANG TERAKHIR NYAWA INI.. KERANA INILAH PENGORBANAN YANG KU MAMPU LAKUKAN DEMI MEMPERTAHAN MARUAH ANAK BANGSA KU..
KERANA DENGAN PENGORABANAN INILAH YANG DAPAT MENJAMIN MARUAH DAN KEMERDEKAAN ANAK BANGSA KU YANG BAKAL LAHIR DAN MEMBENTUK SATU BANGSA YANG BEBASA MEMERINTAH TANAH TUMPAH DARAH MEREKA SENDIRI DAN BUKAN LAGI TERBELIT BAGAIKAN LEMBU YANG TERTAMBAT DIPADANG...

Ummm.. Itu hanyalah satu gambaran yang membawa kita mengenang kembali pengorbanan para pejuang2 tanah air yang sanggup mengorbankan nyawa sendiri demi membebaskan tanah air kita ini dari jajahan para anasir2 yang menceroboh hak kita sebagai orang melayu dan juga sebagai pemilik tanah ini yang sekarang namanya tidak asing lagi dimata dunia iaitu 'MALAYSIA'.. inilah kemerdekaan yang kecapi sekarang hasil usaha para pahlawan2 yang namanya masih tetap tersemai di hati ini...
fuh semangatnye ina... ummm.. hehehe..
ina nak ucap SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-52... PEACE NO WAR..

Thursday, 27 August 2009

kEjAr @ BiArkaN!!!

Assalamualaikum... Salam hormat dan salam sayang ina ucapkan... hehehe..(tiba2 skima plak)
Pejam celik pejam celik tup2 dah masuk seminggu kita menunaikan ibadat berpuasa, cepatkan masa yang berlalu. Hai masa2... Amat sukat untuk mengejarnya, masa yang diibaratkan air yang mengalir mgikut arusnya, tiada trafit light merah ke, kuning ke, hijau ke, ia hanya akan terus bergerak,dan terus bergerak sehingga satu limpangan, begitulah juga masa yang akan terus menerus bergerak dan berlalu sama ada kita sedar atau tidak dan ia hanya akan berhenti apabila tibanya iaitu 'kiamat'..
Takutkan...
Tidak tergambar rasenya ina untuk menghadapi saat tersebut... Masa, masa, dan masa... Amat subjektifkan.. Tetapi MASA amat besar pengertianya jika kita tahu menilainya. Begitu banyak masa yang telah ina persiakan dalam menjalani hidup ini.. Aat menyedihkan kan... ummmmm
Masa yang berlaku tidak akan datang kembali umpama pepatah 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa'.. Eh merapu plak.. sorry.. Bahkan dalam lirik lagu pun ada iaitu 'Andai dapat ku undurkan waktu, akan ku ubahkan....' tengok betapa besarnya makan MASA ini. Dari segi psikologinya masa amat memainkan peranan yang penting dalam setiap aktiviti manusia yang setiap segalanya melibatkan Waktu... Setiap perkiraan perbuatan dilakukan memerlukan pertimbangan dengan masa... Contohnya Kehidupan masa kini yang amat mengejar waktu dan sesiapa yang terlambat walaupun selangkah akan ketinggalan amat jauh dibelakang, kerana pada masa kini semua perkara memerlukan kepantasan dan kecekapan yang sistematik, kerana keadaan ini bagaikan satu pertarungan untuk mengejar satu kejayaan, kedudukan dan keselesaan. Andai kata sesiapa yang tersilap langkah walaupun sekali dan tidak mempunyai kedudukan yang kukuh ianya akan terus kecundang dan senang kata terkeluar dari senarai list la.. hehehe.. opss ina dah kena cau luu..thankz ek coz sudi luangkan masa.. hehehe.. DADAAAAA

Monday, 24 August 2009

Assalamualaikum..
Tenang rasanye jiwa ini, terasa apa yang terbeban selama ini tersandang lega. Segalanya terasa tenang dan lapang, mungkin inilah nikmatnya di bulan yang mulia ini bulan yang penuh dengan rahmat. Semakin hari ku semakin tenang dan hati ini berasa aman dan ku semakin bahagia melihat orang-orang yang ku sayang dan dekat denganku makin bahagia, amat sayang rasenya untuk lepaskan semua ini. Alhamdulillah ku panjatkan syukurku kepadaMu Yang Maha Mulia dan Maha Pengasih,diatas segala limpah rahmat yang telah Engkau berikan kepadaku selama ini dan terima kasih kerana Engkau kelilingkanku dengan orang-orang yang baikbaik dan amat hina rasenye diri ini akan segala dosa yang terbeban selamaku bergelar hambaMu dan terasa amat kecil sekali diri ini dibandingkan dengan mereka. Tetapi entah kenapaku semakin ingin mendalami ilmu ini dan ku cuba untuk menhijrahkan diri ini, tetapi ku tidak ingin ini semua berlaku dengan amat pantas dan mendadak kerana ku inginkan ia hadir dalam hatiku dan bukan kerana ku ingin menunjuk alim dan dalam keadaan kepura-puraan.. Ku ingin limpah rahmatMu dan ku ingin dekat dengan pintu syurgaMu yang setiap hambaMu dambarkan... Di bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini ku jujur menghadapMu menghambakan diriku yang daif ini yang menagih keampunanMu dan Limpah rahmatMu.. Amat hipokrit jika ku cuba untuk menjadi orang lain semata-mata untuk mendapatkan perhatian atau pujian, itu jauh dari niatku.. Ku lebih senang menjadi diriku, kerana ku amat benci akan perkataan 'hipokrit' muncul dalam setiap perbuatanku, ku ingin orang sekelilingku meneterimaku apa adanya aku. Segala kekuranganku dan segala yang ada padaku adalah diriku. Tegurlah aku diatas segala kesilapan yang tersilap dan ajarlah aku bagaimana dan betulkan aku jika ada salahnya. Keranaku manusia yang penuh dengan kekurangan, tetapi itu bukan falsafah hidupku, itu adalah falsafah yang lapuk bagi ku. Ku tidak ingin menjadi terlalu menyerlah ku hanya ingin manjadi yang biasa-biasa sahaja, maksudnya ku akan berhijrah tetapi biarlah dalam bentuk identitiku sendiri, orang kate plan-plan.. hehehe.. Ku hanya ingin berasa dekat denganMu yang menciptakanku sebagai hambaNya..